SAINTIS MENJUMPAI FOSIL SEMUT RAKSAKSA PALING BESAR DIDUNIA

SAINTIS MENJUMPAI FOSIL SEMUT RAKSAKSA PALING BESAR DIDUNIA

semut

 

WASHINGTON – Para ilmuwan di Amerika Serikat (AS) telah menemui fosil spesies semut terbesar yang pernah hidup di Bumi.

Ukuran semut tersebut adalah sekira 5 cm dan disangka hidup sekira 50 juta tahun lalu. Demikian seperti yang diambil dari ABC News, Khamis (5/5/2011).

Bagaimana semut raksasa tersebut hidup dan apa yang dimakan olehnya, sampai sekarang ini masih lagi belum diketahui, namun tiada bantahan jika dikatakan fosil yang bernama Titanomyrma Lubei adalah spesimen yang impresif.

Titanomyrma Lubei adalah fosil semut terbesar, dengan berat sama seperti burung yang berukuran kecil. Bahagian belakang semut ini juga berundak-undak seperti lebah.

Fosil semut raksasa ini sama dengan fosil yang ditemui di Eropah, yang juga berasal dari zaman Eocene Epoch, sekitar 50 juta tahun silam.

Benua Eropah dan Amerika Utara jaraknya adalah berdekatan pada 50 juta yang lalu. Para ilmuwan mengatakan bahawa semut tersebut menjelajah dari satu benua ke benua lainnya melalui pulau yang dulunya ada di sekitar wilayah tersebut.
(ATA)