Category Archives: Berita Misteri

Misteri Istana Kellie

Misteri Istana Kellie

tou_castle

Pemanduan selama 30 minit ke selatan Ipoh menghala ke arah Batu Gajah akan membawa anda ke Ladang Getah Kinta Kellas. Di tengah kehijauan rumput yang subur, tersergam sebuah istana impian separuh siap kepunyaan William Kellie Smith, seorang peladang berbangsa Scotland yang kaya-raya.

Pembinaan yang bermula pada tahun 1915 ke atas istana besar yang mempunyai seni bina lain dari yang lain ini berhenti secara mendadak dengan kematian mengejut pemiliknya. Suasana misteri masih menyelubungi rumah besar yang menyeramkan ini. Adalah dipercayai istana ini juga mempunyai bilik-bilik rahsia dan terowong bawah tanah.

Setelah 67 tahun berlalu, khabar-khabar angin tentang peristiwa misteri istana ini telah menguatkan lagi lagenda impian yang tidak kesampaian bagi William Kellie Smith. Lagenda ini jugalah yang telah memberi satu daya tarikan kepada istana ini untuk terus menjadi satu destinasi pengunjung yang bersejarah.
Penemuan ganjil menyerupai seekor beruang di batang pokok batai atau dagang menjadikan Kellie’s Castle sebagai kawasan pelancongan yang semakin terkenal dan terus dikunjungi pelancong domestik serta luar negara. Pengarah Eksekutif Kellie’s Castle, Tajuddin Yaacob, berkata beliau berharap penemuan itu akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada kawasan pelancongan berkenaan khasnya serta Perak amnya.
Kellie’s Castle adalah istana zaman kolonial yang dibina antara 1909 hingga 1926 oleh seorang hartawan dari Scotland, Wiliam Kellie Smith di Kilometer 5.5 Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah, dekat sini.Tajuddin berkata, penemuan pada minggu pertama Aidilifitri lalu mengubah senario Kellie’s Castle yang terkenal sebagai kawasan pelancongan penuh misteri di negara ini. Beliau berkata, jika selama ini pengunjung yang datang hanya memberi tumpuan kepada bangunan istana lama terbabit, kini mereka juga tidak melepaskan peluang melihat pokok batai atau dagang yang mirip wajah beruang itu serta meninjau kawasan berhampiran.
Katanya, apa yang menjadikannya lebih unik hanya terdapat satu pokok yang nama saintifiknya Albizia di kawasan pelancongan itu dan ia berasal dari Brazil. “Kami dapat melihat rupa seekor haiwan menyerupai beruang seakan-akan memeluk batang pokok batai atau dagang yang besar itu.”Pokok terbabit terletak kira-kira 50 kilometer dari Kellie’s Castle dan dikatakan berusia lebih 40 tahun.”Pihak pengurusan Kellie’s Castle akan membuat satu papan tanda khas mengenai pokok itu supaya ia menjadi tumpuan pengunjung terutama pengunjung Kellie’s Castle,” katanya.
Tajuddin berkata, Kellie’s Castle menjadi tumpuan ramai pengunjung terutama pada hujung minggu dan musim cuti seperti cuti umum atau persekolahan.Katanya, selain pelancong domestik dari negeri ini dan seluruh negara, ia dikunjungi pelancong luar dari Australia, Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara Eropah lain serta Asia.”Boleh dikatakan ramai yang datang dari United Kingdom, mungkin kerana Smith berasal dari Scotland,” katanya.Kellie’s Castle adalah istana lama yang dibangunkan sebagai lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes.
Bagamanapun, ia gagal disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.Kellie’s Castle yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar diimport dari India setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.

Pengalaman menakutkan di karak lama….SERAM !!!

Pengalaman menakutkan di karak lama….SERAM !!!

 

jalan-lama

 

Dah lama tk update blog. hampeh! semalam tgk karak. dah mcm citer hantu omputih- tk best, sbb kehantuan malaysia dia kurang..
baru2 ni dapat email, dr sapa tatau.. forward forward dan forward… okeh, baca citer ni..

“Kisah ni berlaku 2 tahun lepas, waktu tu anak aku si kakak 2 tahun & si
adik  lagi  9  bulan.  Belum lagi citer dah tegak bulu roma ni..confirm
demam  pas  citer  ni. Citer ni dah lebih 10 kali aku repeat..citer kat
family..kawan2.

Perjalanan  dari  kg  ke  shah  alam..selalunya  kitaorg  pakai  jalan
dalam..means jalan kampong lar ikut sabak bernam, tanjung karang . Kuar
dari umah kui 4.30ptg. Masa tu hujan lebat giler, adik & kakak tido kat
belakang  ngn  bibik..Ngam2 belok lepas kat pasir penambang tu, si adik
menangis..bukan  nangis2 manja tu, nangis melalak tak hengattt. Tgk jam
kui 7.30 camtu..magrib !! Aku Tanya bibik, asal adik nangis ni bik..tak
tahu  bu..tiba2  jer,  bagi  susu  pun  tak  nk..aku  ambik  bawak  ker
depan..dia melalak gak..sambil tgk ke belakang..tangan dia genggam baju
aku..mcm  nampak  sesuatu  kat  belakang..Aku  ni mmg cepat terasa bab2
ni..bulu  roma  terus  naik..rasa  cam berdebar2. Jarang lar dia nangis
melalak cam ni..

Aku  bagi  balik  adik  ker  bibik..adik  gengam  bibik  semakin
kuat..nangispun  makin  kuat..sambil  tgk ker belakang. Ibu..ibu..bibik
rasa  ada  yg  ngak beres ni bu, bibik kok rasa seremm..(kata bibik dlm
lorat  indon  )  Jalan yg kitaorg lalu ni mmg gelap..sapa tahu jalan yg
tembus  kat  ijok  pastu  kuar  kat puncak alam..sure tahu jalan tu mmg
gelap & sunyi.

Tetiba  si  kakak  yg lena tido..merengek sambil mata pejam..sambil ckp
hish..hishh..sambil tepis2 kat kaki..pastu hish..hishh..tepis2 kat muka
dia..tp  mata  pejam,  apa  kes??  Mcm  ada  benda  yg  usik2..geli2
dia..adoooiii  …masa  ni aku toleh belakang..si bibik tgk muka aku..aku
tgk muka bibik, yg adik masih menangis.

Ambik  adik  bawak  depan..laki  aku  bersuara..aku  bawak  adik  ker
depan..pastu  laki  aku  ambik  dukung sebelah tangan..tangan satu lagi
pegang  stereng  keta. Tetiba, Yang..yang ambik adik, cepat2..aku ambik
balik  adik..panic  sungguh  masa  ni..nk  buat  apa ni bie..badan adik
mengigil2.  Cuba  pasang  CD  mengaji tu, kitaorg mmg standby CD ni dlm
keta..kita  pasang  high  volume, adik yg dlm pelukan aku ni makin kuat
menangis,  kali  ni  tak  tgk ke belakang..dia tgk ke tingkat pulak..Ya
Allah,  aku  ni  baca  ayat  kursi..3..4  kali..terkumat  kamit,  tak
jalanpun..

Aku  ambik  phone  call  pak  metua  aku yg terror sikit bab2 ni. Hello
pa..ni  adk  nangis  mcm  ada  yg tak kena jer..letak tepon kat telinga
dia..papa  ckp..aku  sambil  riba  adk..ambik  phone  letak kat telinga
dia..adik  terus  mcm  lagi  hyper..ya Allah kenapa ni. Dengar papa ckp
ni..temukan  dahi adik ngn dahi kamu, pastu baca ayat kursi, al-fatihah
&  3  kul..tentang  mata dia..ok pa..ok..masa ni ada bau yg kurang enak
dlm keta..tp kitaorg diam jer.

Akupun buat mcm papa cakap..sambil terketar2 aku baca..masa ni takutnya
sampai mengalir air mata aku. Habis jer baca, bibik tetiba menjerit kat
belakang..aku    tergamam    jap..zuupppppsss..  bulu  tengkok  naik
tetiba ,serius ko..mcm ada benda yg kuar terbang dari dalam kereta….mcm
ada angin lalu..masa ni rasa cam nk lompat jer atas laki aku ni..

Bibik  yg  duk  diam kat belakang.. tetiba mengelabah..ya Allah..bu, ya
Allah  bu,si  bibik  terketar2 ckp..aku peluk adik kuat2. Laki aku diam
jer tak bersuara..sabar bik..sabar..baca apa2!!

Adik  menangis  sampai  dh  takde suara..laki aku tetiba jer ckp..’’Aku
tahu  ko  ada  kat  sini..kalau ko nk tumpang, tumpang jer..jgn nk usik
anak2  aku’’.  Glurpp..glurpp..telan  air liur aku..dlm hati (eee…boleh
lar  dia  ckp  camtu..sabo jer..).Sampai jer simpang tiga nk ker puncak
alam  tu,  adik  tetiba  berhenti menangis tp masih sedu2..teresak2. Ya
Allah..lega..sunyi  sepi  jer  dlm keta..takde sapa bersuara,sampai lar
kat  petronas  sek.20, laki aku berhenti. Si adik sampai tertido..kakak
pulak yg bangun.
Laki  aku  ckp..kita  kuar  dulu lar dari dlm keta..angkat adik & kakak
sekali..Aku  ni  konfius  gak asal laki aku ni nk stop kat petronas ni.
Dia  ambik rokok dia..duk mengembut jap..aku ni tak puas hati..gi tanya
dia,  eh  bie,  asal  berhenti kat sini ni..dia jawab “releks japp..tak
elok balik rumah terus..biar dia turun sini”

‘dia turun sini’ apakah???

Bila  dah  sampai rumah dalam kui 9mlm..mandi2..pasang tv..semuapun tak
bersuara.
Aku  ni  gatai  mulut  gi  tanya  kat  bibik..mcm  dh  tak  blh  tunggu
siang..kenapa ko menjerit tadi bik??

Ibu  ngak  lihat  ker?  Aduhh  bu..rambutnya  hitam panjang buu…terbang
keluar  di  depan  ibu tadi..pasti adik menangis diganggu mak lampir tu
bu..

Ko  ni biar betul bik..ceh saja buat2 mcm tak caya..tp actually mmg aku
rasa ada something yg kuar dari dlm keta tadi..

Tetiba  laki  aku  ni  menyampuk..ha  ah  yangg..betul  ada  benda  tu
tadi..altantuya  tumpang  kot..cisss  cabul  tul  lar  mulut  laki  aku
ni..tahu lar altantuya tu kena bom kat area situ..

Abang, dari start adik nangis tadi dah dpt rasa..bila abang dukung adik
tu..adik rasa berat sangat..tu yg abg suh ambik balik tu..mungkin benda
tu berpaut kat adik..

Pastu  tak perasan ker, keta belakang bagi double lampu kat kita..pastu
semua  keta  cam jauh2 dari keta kita..semua tak nk dekat..lutut aku ni
tetiba  mengigil  balik..Ya  Allah syukur lar aku tak nampak..kalau tak
sure  terbayang2.  Pagi  esknya..aku,  bibik  &  adik  demam..MC 2 hari
aku..apa kes?? Kes jenayah hantu altantuya..laki aku ckp!!

sampai  skrg  kalu  teringat  terus  rasa nk demam. Korang yg lalu ikut
jalan  ijok  tu..pastu lalu kuil..lalu kubur2 cina tp bukit tu..jgn lar
balik  malam2..sejak  tu..aku  mmg  tak  tgk  dah  citer2 mistik kat tv
ni..tak  kira  lar  hantu  lawak ker..hantu apa ker..ttp seram..baru ni
gatai  pasang  CD  ‘hantu  kak limah balik rumah’..tengah tgk hantu kak
limah ni, bibik bersuara..ibu..rambutnya kak limah ni..sama seperti mak
lampir  yg dulu itu..cisss…brengset sungguh si bibik ni..blh plk ko ckp
mcm..dah tutup CD..  “

kisah benar..Kemalangan dengan Hantu di jalan raya.. SERAM!!!

kisah benar..Kemalangan dengan Hantu di jalan raya.. SERAM!!!

 

han2

Ini ada satu kisah benar yang agak seram, Kisah ini berlaku sekitar 2008. Semua yang diceritakan ini adalah benar, tiada yang tak benar melainkan benar-benar belaka.Aku masih ingat lagi. Masa tu tahun akhir degree. Aku dan member sekolej di Kelantan terpaksa transfer kredit ke another kolej di Kedah untuk meneruskan perjuangan dalam pengajian agama. Kolej baru tu di Alor Setar. Korang tahu kan kolej apa. Terpaksa kerana pada tahun tu, kerajaan M’sia menutup pintu sambung belajar ke al-Azhar, Mesir dan menetapkan syarat2 baru yg lebih ketat. Beribu-ribu pelajar menerima khabar malang itu dengan sakit hati dan redha. Ok skip to da story.

Aku baru kali pertama jejak kaki ke Kedah. Bertolak dengan kereta kancil pagi-pagi lagi ke Kedah. Selesai sahaja urusan pendaftaran di kolej baru kira sebelah petang, malamnya ada kawan-kawan ajak balik rumah sebab ada seminggu lagi nak mulakan pengajian. Aku pun apa lagi, tengah malam tu jugak aku setuju untuk balik ke Kelantan semula. Tak tahu lah kenapa malam tu terus nak balik. Walhal badan tengah penat baru sampai dari Kelantan-Kedah.

Jam hampir pukul 12 malam. Dengan kancil cikai, ada aku dan 3 lagi rakan lain. Tapi awal-awal bertolak, aku tak drive. Aku bagi kat member lain drive. Aku rest kat belakang dengan sorang member lagi. Biarkan dua lagi kat depan tu sembang-sembang. Aku akhirnya terlelap dengan member sorang lagi kat belakang. Kroh kroh.

Sedar-sedar driver berhenti dekat sebuah kedai makan. Kalau tak silap, jalan tu namanya jalan Jeniang-Sik. Member nak buang air rupa-rupanya. Tapi oleh kerana ramai customer kat kedai makan tu guna tandas, si member ni ambik jalan mudah buang air kat tepi semak dekat kawasan gelap dekat situ. Dua-dua member kat depan buang air. Wallahua’alam dorang ni cuci dengan air ke tak. Okay, perjalanan diteruskan. Actually aku pun tak tahu sangat tentang jalan tu. Aku ingat kawan aku tu lagi tahu la kot dari aku. So aku biar je dia drive. Sekali lagi terlelap kat belakang dengan member. Sedar-sedar dah jauh sampai ke tempat yang gelap. Lalu jalan yang gelap tade orang. Rumah pun tade tepi2. Tak tahu kat mana. Aku tanyalah member, “kat mana?” Dia jawab dia sendiri pun tak tahu kat mana. Sepatutnya masuk satu simpang ni utk tembus ke Baling-Gerik. Tapi tak jumpa simpang/cabang tu. Aku pun suruh dia u-turn.

Ok. Time dia u-turn kete tu, tibe-tibe aku dan member kat belakang rasa seriau gile. Naik semua bulu2 roma kami berdua kat belakang. Aku tanya member kat belakang tu, dia rasa tak apa aku rasa. Dia kata dia pun sama. So kitorang sama2 baca ayat-ayat al-Quran senyap2. Perjalanan diteruskan..50KM rupa2nya kitorang tersesat ke jalan gelap tu. Jumpalah akhirnya satu simpang ni. Apalagi driver terus masuk. Tapi tambah cemas bila salah simpang la plak. Masuk jalan yang gelap gak. Aku pun tak sedap hati dah. Aku mintak tukar driver lak. Skang aku sendiri yang pandu kete tu.

Alhamdulillah, bila aku drive, jumpa lak simpang tu. Elok2 plak jumpa. Aku pun teruskan perjalanan melalui jalan simpang tu. Jalan shortcut sebenarnya simpang ni. Jalan kecik je. Ada la dalam 50km lebih gak kalau tak silap. Or 100Km ke jalan besar Baling – Gerik.
Tapi dengan izin Allah, jalan shortcut tu hanya ambil masa 5 minit sahaja ke jalan besar malam tu. Berpuluh2 KM boleh dapat 5minit perjalanan tak? Logik tak? Jika 10KM mungkinlah logik.

Dengan izin Allah juga, sampai je ke jalan besar, ketiga2 kawan terlelap padahal tadi duk borak elok2. Betul2 tdo. Kecuali aku.

Time tu hujan renyai2. Lampu tinggi kete kancil ni memang dah rosak awal2 lagi. Lampu standard je yang pasang. Memang kena bawa slow2 lah dalam keadaan hujan macam tu. Ingat lagi meter kete hanya takat 60 km/j atau kurang. Tak laju pun. Kete time tu lak sedang menaiki kawasan bukit. Memanglah takleh pecut.

Tiba-tiba….

Aku ternampak kelibat putih dengan banyak sekali di depan kete betul tak sampai 50 meter di hadapan kete tibe2 muncul! Apa lagi aku cuba brek kuat2 sambil pulas stereng ke kanan. Tapi gedegang!!!! Hancur remuk bonet kete aku. Terempuh jugak benda tu..Kawan2 semua tersedar terkejut. Bawak 60km/j tapi brek macam 140km/j. Logik tak? Tapi itulah kenyataannya.

Pintu kiri sebelah depan takleh buka lgsg. Lampu pecah. Tapi mentol dia elok2 terpasang. Lampu tinggi yang rosak tibe2 elok kembali. Nasib baik kete tak mati, boleh terus berjalan. Aku dah cuak dah. Takut2 terlanggar orang ke. Tapi aku tengok ke belakang. Memang tade apa2! Lembu ke binatang2 lain ke..takde pape!! Serius tade! Tapi kete aku rabak.

Perjalanan diteruskan dalam keadaan aku bingung. Tertanya2 pada kawan aku. Kawan2 aku tak nampak apa yang aku nampak. Dorang pun blur. Sampai di satu tempat, kami berhenti check kereta. Memang teruk gak lah kete. Kalau nak repair kena beribu gak la. Kami lgsg tak perasan kat mana kami berenti tu. Rupa2nya di belakang tu kubur Cina yang luas. Anda mesti perasan kalau lalu lebuhraya ni. Tapi kami tak perasan benda ni.

Perjalanan diteruskan gak. Sampai ke Tasik Banding, ingat nak rehatlah. Penat dan bingung. Tapi baru je nak rehat. Tak sedap hati. Tengok di side mirror macam ada something je kat belakang tgh renung kitorang. Tapi macam tadi gak, hanya aku yang perasan. Aku kata, teruskan je lah perjalanan. Tak payah rehat.

So aku teruskan perjalanan.

Jalan lagi dalam kepenatan. Tapi tak lama. Tak sampai setengah jam, kami berempat penat teramat sangat2. Nampaklah satu kontena trailer lama kat tepi jalan. Aku pun decide nak rehat tepi trailer tu je lah. Tu je kenderaan yang ada kat tepi jalan gelap tu. Tade kenderaan lain. Sekurang2nya ada peneman dalam hati ni kata. So, aku park kete dekat trailer tu. Padamkan lampu kete, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo..

Tibe-tibe…

Kawan (1st driver) melaung2 nama aku. “Dee! kereta2!” Aku cepat2 bukak mata. Terkejut! Kereta jalan sendiri menaiki bukit!

Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Aku tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Apa hal kaki aku ni?! Kete lak bergerak ke arah gaung. Aku kekalutan dan bersusah payah cuba stopkan kaki aku, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kete.

……

Skip cerita. Sampai kat rumah, after hantar semua kawan2 balik. Aku tertdo. Petangnya tibe2 ummi kejutkan aku. Ayah aku kena sampuk hantu meracau2. Suara dia dah bertukar jadi suara perempuan! Suara perempuan yang menengking2.

……

Skip cerita lagi. Akhirnya after ayah dah berubat. Aku dan kawan2 juga berkumpul kembali. 3 je berkumpul. Sorang lagi tak dapat datang sebab dia duk jauh. So berubatlah kitorang sebab bulu roma meremang tak turun2 dari pagi sampai petang. Semua muka pucat je. Tanyalah ustaz tempat berubat tu. “Ia” ada skang bersama2 kitorang. Ustaz tu pun berinteraksi lah dengan benda tu. Lalu dia cite la asal usul benda tu.

Ustaz tu kata pompuan tu asalnya wanita cantik, digilis trailer time nak lintas jalan kat simpang yg kitorang sesat tu. Jadi dia dendam pada manusia. Wallahua’alam. Skang rupanya mengerikan..pale sebelah hancur dan berdarah2 baju..

Then, after berubat dan ustaz tu hantar balik benda tu ke tempat asal dia datang. Kitorang ok balik. Alhamdulillah. Kalau tak, terasa berat badan dan tak sedap badan je.

Kami semua seram. Taknak lalu dah jalan Jeniang-Sik malam2.
Percayalah. Ni kisah saya alami sendiri.