Category Archives: Misteri Hantu

Cerita Hantu

Gambar Hantu Di Politeknik Merlimau

Gambar Hantu Di Politeknik Merlimau

Hanya disertakan lokasi sahaja dan takde cerita di sebalik gambar ini. Dikatakan diambil di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer di Politeknik Merlimau, Melaka.
Jika diperhatikan dengan teliti ada sesuatu di belakang brader ini. Kalau renung lama-lama gambar ni boleh nampak seakan-akan tengkorak berselubung kain putih.

10 jelmaan misteri dalam foto – Wanita Kebaya Merah

10 jelmaan misteri dalam foto – Wanita Kebaya Merah

Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlakunya beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga telah disiarkan dalam akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian utara Semenanjung.

10 jelmaan misteri dalam foto – Jelmaan Wanita India

10 jelmaan misteri dalam foto – Jelmaan Wanita India

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja di dalam sebuah resort di Pahang dan telah disiarkan dalam akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar tahun 90-an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.