misteri makhluk jeram

images

misteri makhluk jeram

[media id=57 width=500 height=400]

Makhluk ini dijumpai di jeram..

misteri makhluk jeram,  misteri makhluk jeram misteri, misteri makhluk jeram foto, misteri makhluk jeram gambar, misteri makhluk jeram video, misteri makhluk jeram toyol, misteri makhluk jeram  cari, misteri makhluk jeram melayu, misteri makhluk jeram peristiwa, misteri makhluk jeram hantu, misteri makhluk jeram malaysia, Hantu Cermin hantu, misteri makhluk jeram bf1, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri artis, misteri cari, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon,misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri hantu, misteri kl, misteri bf1, hantu misteri, hantu foto, misteri makhluk jeram, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon, hantu indo, hantu indonesia, hantu takut, hantu teman, hantu hantu, hantu kl, hantu bf1,misteri, foto hantu, gambar hantu, video hantu, kawan hantu, toyo hantu, cari hantu, hantu melayu, takut hantu, teman hantu, hantu hantu, misteri, foto, gambar, video, kawan, toyo, artis, cari, melayu, layu, melay, malaysia, indon, indo, indonesia, takut, teman, hantu, kl, bf1, cari misteri, cari toyo, cari gambar, cari cari, cari teman, cari bf1

Pengalaman Seram Saifullah hamzah di Karak lama…SERAM!!!

Pengalaman Seram Saifullah hamzah di Karak lama…SERAM!!!

 

karakkk

SEKIRANYA ingin memandu ke Pantai Timur, Lebuh Raya Karak ialah laluan utama yang menjadi pilihan kebanyakan pengguna jalan raya.

Sejak pembukaannya pada tahun 1977, laluan sepanjang 60 kilometer (km) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang ini memiliki koleksi kisah misteri.
Sungguhpun penulis belum pernah berdepan dengan kejadian aneh ketika menggunakan laluan berbukit itu, namun daripada cerita yang disampaikan oleh beberapa kenalan dan pengguna, Lebuh Raya Karak sudah cukup untuk meremangkan bulu tengkuk.
Seorang kenalan, Mohd. Saifullah Adli Hamzah, 32, mendakwa, dia pernah berada dalam situasi menyeramkan ketika melalui laluan berkenaan.
“Kejadian ini berlaku lima tahun lepas. Ketika itu saya dan tiga rakan dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang rakan di Tanah Merah, Kelantan.

“Perjalanan dimulakan sekitar pukul 1.30 pagi dari Shah Alam. Kami bergerak lewat kerana ada rakan-rakan yang bekerja syif petang.” katanya yang juga merupakan pegawai pasukan beruniform.

karak1

Menyambung bicaranya, sebaik sahaja melepasi tol Gombak, dua rakannya, Azizi dan Malik minta izin untuk tidur kerana mereka akan bergilir memandu sementara dia dan seorang lagi rakan bernama Hadi, asyik bersembang.
“Selepas melalui Bentong, jalan mulai sunyi. Ketika kereta menaiki bukit, saya terdengar seperti ada benda terjatuh menghempap bahagian belakang kereta.
“Hadi turut mendengar bunyi yang sama. Bila saya lihat cermin pandang belakang, saya tidak nampak apa-apa.
“Memandangkan keadaan ketika itu sunyi dan gelap, saya teruskan juga pemanduan,” ujarnya yang membuka tingkap sepanjang perjalanan kerana mahu merokok selain menikmati udara sejuk hutan.
Laluan berliku dan berbukit memaksa Saifullah berhati-hati ketika meningkatkan kelajuan untuk memintas beberapa lori besar.
Ketika itu, dia mula merasakan keretanya berat namun dia tidak fikir yang bukan-bukan. Mungkin juga tekanan berat itu disebabkan kereta transmisi automatik yang dipandunya.
Namun, sebaik dia melepasi sebuah lori balak, pemandu tersebut menyalakan lampu besar berulang kali.
“Hadi menyuruh saya memecut supaya tidak terus terganggu dengan nyalaan lampu tinggi lori terbabit.
“Peliknya selepas itu ada dua tiga kenderaan yang memintas saya turut menyalakan lampu tinggi, malah ada yang membunyikan hon. Kata saya kepada Hadi, mungkin mereka hendak beritahu sesuatu,” katanya yang terus mengejutkan dua lagi rakannya yang sedang tidur.
Memikirkan kemungkinan sesuatu berlaku terhadap keretanya, Saifullah ambil keputusan berhenti di bahu jalan untuk melihat-lihat jika ada yang tidak kena.
“Sebaik saja saya dan Hadi buka pintu untuk keluar, Malik yang kebetulan memalingkan muka ke cermin belakang menjerit meminta saya meneruskan perjalanan.

“Allahuakhbar! Pul, kau jangan keluar! Kita blah… kita blah!” jerit Malik dengan muka panik sambil menepuk-nepuk belakang kerusi supaya kami segera beredar dari kawasan tersebut.

Tanpa fikir panjang, pintu kereta ditutup dan Saifullah menekan pedal minyak semahunya. Malik menekup muka, Azizi pula menenangkannya.
Tingkap yang sebelum itu dibiarkan terbuka pantas ditutup.
Hadi bertanya, apa yang mereka nampak dan kenapa ketakutan sampai begitu sekali.
“Aku rasa aku nampak puntianak. Dia tengah baring terlentang atas but kereta kau tapi muka dia menghadap kita.
“Masa aku toleh ke belakang tadi, mata aku betul-betul nampak matanya,” kata Saifullah ketika menceritakan detik cemas dia dan rakan-rakannya disapa makhluk halus di Lebuh Raya Karak.
Selepas mendengar pengakuan rakannya, Saifullah cuba memberanikan diri untuk melihat ke cermin pandang belakang namun tiada apa yang kelihatan. Hadi pula cuba pandang ke belakang menerusi cermin sisi.
“Pul, betullah. Aku nampak ada ‘benda’ dekat belakang,” kata Hadi. Mendengarkan katanya, kami semua tidak putus membaca kalimah al-Quran. Hadi pula beberapa kali mengalunkan azan dalam tempoh 15 minit,” ujar Saifullah.
Apabila keadaan menjadi tenang, baru empat sekawan ini faham mengapa lori dan kereta yang memintas mereka menyalakan lampu besar.
“Mungkin mereka nak beritahu kita pasal lembaga tersebut, tetapi kita yang tak faham. Mujur juga mereka masih boleh mengawal kenderaan kerana panik dan takut melampau juga boleh mengundang kemalangan,” jelasnya yang sehingga kini mengelak untuk melalui Lebuh Raya Karak pada waktu malam.
Tidak menolak kewujudan entiti di laluan berkenaan, ramai yang berpendapat kawasan di sepanjang lebuh raya tersebut memang keras.
Menerusi carian di beberapa blog yang memaparkan cerita seram, sudah ramai yang disakat oleh makhluk halus terutamanya jika menggunakannya pada waktu malam.
Ada yang mengaitkan gangguan-gangguan tersebut terjadi ekoran kejadian kemalangan maut yang kerap berlaku di situ. Ada juga yang berpendapat, kawasan tersebut memang ‘keras’ kerana ia adalah tapak asal perkuburan lama.
Ulasan dari pengguna laluan KARAK
Seorang pengguna laluan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Lim berkata, gangguan-gangguan tersebut adalah tanda marah roh-roh yang meninggal dunia di situ.
“Kemungkinan besar roh-roh itu marah dengan pengendali trak penunda. Saya sudah beberapa kali melihat kemalangan ngeri di lebuh raya ini.
“Bila ada kemalangan saja, trak penunda akan datang. Kalau mereka angkut kereta rosak saja tak mengapa, tapi kebanyakan buat bisnes di situ.
“Mereka perah limau dan tabur garam pada kawasan berdarah sebab mahu puja roh untuk dapatkan nombor ekor.
“Dalam kepercayaan orang Cina, perbuatan itu hanya akan menambah sakit pada si mati.
“Mungkin bukan semua buat begitu, tapi saya percaya, ada yang buat sebab itu roh tak tenteram dan kacau orang lain,” katanya yang berulang alik ke Pasir Puteh, Kelantan, sebulan sekali melalui lebuh raya berkenaan.

Biarpun ada berpuluh versi kisah seram di sepanjang Lebuh Raya Karak, laluan yang merentas negeri Pahang itu masih tetap menjadi pilihan terutamanya kepada anak-anak Pantai Timur yang mencari rezeki di ibu kota.

Pengalaman Seram seorang pekerja hotel…SERAM!!!

Pengalaman Seram seorang pekerja hotel…SERAM!!!

 

hotel

 

Kisah seram yg akan NH paparkan ini berlaku di sebuah hotel, ianya terjadi pada salah seorang pekerja housekeeping di hotel tersebut.. Nh nasihatkan pada korang jangan sekali-kali membaca kisah ini selepas 12 malam, bimbang kisah seram ini akan terbawa-bawa di dalam mimpi korang nanti..

Kejadian ini berlaku sewaktu hadi bekerja pada shiff malam. Hadi yg di tugaskan menghantar barang- barang keperluan untuk tetamu yg menginap di bilik hotel tersebut ,hanya bertugas seorang diri pada malam itu.. Kebetulan pula supervisor yg sama shiff dgn hadi ketika itu telah mengambil cuti sakit.. Terpaksalah dia yg menjalankan segala urusan pada malam tersebut…

Bunyi deringan talipon yg tidak putus di bilik department housekeeping itu memecah kesunyian malam.. Hadi dengan penuh sabar menjawab semua panggilan tersebut, Walaupun dia seakan merasa serba tidak kena pada malam itu, Akan tetapi dia tetap menjalankan tugasnya dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai pekerja yg berdidikasi.. Mungkin sebab kerana itulah jugalah dia sering  mendapat kepujian dan anugerah pekerja terbaik selama 3 tahun berturut-turut..

poc

Jam yg di pakai oleh Hadi sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Bermakna Hanya setengah jam saja lagi waktu kerjanya akan berakhir. Dia yg sedang berdiri di balkoni luar offis tingkat 4 itu khayal melihat permandangan ke arah theme park yg menempatkan kolam mandi serta bermacam permainan khas buat pelanggan-pelanggan yg menginap di hotel tersebut.. terlihat beberapa pekerja sedang sibuk mengemas kawasan theme park yg  beroperasi sedari pagi tadi..

suasana ketika itu terlalu sunyi, mungkin kerana tetamu sudah mula masuk ke dalam bilik masing-masing untuk merehatkan diri.. Hadi yg masih berkhayal itu tiba-tiba tersentak apabila bunyi talifon berdering kuat dari dalam office, Dia terus masuk dan menjawab panggilan itu. ganggang talifon di lekapkan pada telinganya, Sayup-sayup kedengaran suara seorang perempuan sedang menangis, hadi berasa pelik, dan tertanya-tanya, mengapa tetamu itu menangis.. di skrin talifon pula terpapar nombor bilik pemanggil.. setelah pertanyaan demi pertanyaan Hadi lontarkan pada tetamu itu hanya di jawab dengan esak tangis berterusan. Hadi, Tanpa berfikir panjang terus keluar menuju ke bilik tetamu yg agak jauh dari office nya itu.. fikir Hadi, mungkin tetamu itu berada dalam kesulitan dan memerlukan bantuan darinya..

Entah kenapa Jantung Hadi berdegup kencang, kini dia telah tiba di hadapan pintu bilik yg bernombor 3318 itu, dia yg terlalu risau terus menekan loceng bilik tersebut berkali-kali.. tapi malangnya tiada jawapan yg di berikan, dadanya mula berdebar-debar memikirkan apa yg berlaku di dalam bilik tersebut  sehingga membuatkan tetamu itu menangis.. setelah puas dia memanggil dan langsung tiada jawapan yg di terima, dengan segera hadi menyeluk koceknya mengambil master key yg sememangnya di bawa kemana saja dalam waktu kerja pada malam itu, Hadi nekad membuka pintu bilik tersebut walaupun tindakannya itu salah kerana dia boleh di tuduh menceroboh bilik tetamu.. tapi semua itu tidak penting baginya, niatnya hanya ingin membantu..

Pintu bilik dibuka perlahan, suasana di dalam bilik gelap gelita, seakan tiada tetamu yg menyewa bilik itu, Hadi memetik suis lampu, perlahan-lahan dia melangkah masuk sambil meninjau-ninjau keadaan dalam bilik itu, sah!! memang tiada siapa.. bilik tersebut masih dalam keadaan kemas.. Hadi seperti tidak percaya, hatinya tertanya-tanya siapakah pemanggil misteri tadi?? bulu roma hadi sudah mula meremang, fikirannya sudah mula menangkap apa yg berlaku sebenarnya, cerita-cerita seram yg di sampaikan oleh rakan-rakannya mula berlegar-legar di fikiran Hadi..barulah dia teringat, bilik yg dia berada sekarang ini pernah digelar bilik berhantu oleh rakan-rakannya.. mereka sering terdengar suara orang memita tolong dari arah bilik ini, dan ramai tetamu yg menginap di bilik ini sering diganggu dengan bunyi barang di baling dengan kuat..

Tiba-tiba Hadi tersentak!! dia terkejut apabila merasakan seolah-olah telinganya di hembus dengan nafas yg kuat.. serta merta badannya mengigil dan perasaan takut menyelubungi dirinya, tanpa berlengah Hadi terus berlari ke arah pintu, di pulas-pulas tombol pintu itu tapi malangnya pintu tersebut tidak boleh di buka,  serentak itu jelas kedengaran di telinga hadi suara seseorang sedang menangis dan hadi terus menoleh ke belakang…

Alangkah terkejutnya Hadi apabila mendapati susuk tubuh di balut kain kafan yg lusuh di tambah dengan wajah yg cukup menyeramkan sedang berdiri beberapa meter sahaja di hadapannya.. dan kini lembaga itu semakin menghampiri hadi, tubuh hadi menjadi kaku tidak bergerak, kakinya seperti di gam pada lantai. kini wajah lembaga itu betul-betul dihadapannya, bau hanyir menusuk hidung hadi, jelas kelihatan ulat-ulat memenuhi wajah lembaga itu, amat mengerikan di tambah lagi ketika lembaga itu menyeringai seolah-olah mahu menerkamnya, dia yg sudah ketakutan terus menjerit-jerit seperti orang di rasuk histeria, dan Hadi terus rebah di tepi pintu bilik tersebut..

tepat pukul 12 malam, pak kasim yg bertugas sebagai pakcik guard memulakan tugasnya meronda kawasan hotel, setiba di blok 3 pak kasim terpandang pada satu pintu bilik yg terbuka luas, dan bilik tersebut terang menderang dengan limpahan cahaya lampu. pak kasim yg berasa pelik dan curiga terus menuju ke bilik tersebut, terkejut pak kasim bila mendapati Hadi terbaring di sisi pintu bilik yg terbuka luas itu.. sekali lagi pak karim terkejut bila mendapati, terdapat tanah bertaburan di atas lantai bilik tersebut… dan bau yg meloyakan tekaknya..

Keesokkan harinya, Seluruh pekerja hotel kecoh dengan kejadian yg menimpa Hadi.. Sehingga memaksa pihak hotel membuat siasatan terhadap insiden yg menimpa hadi pada malam itu, Bilik 3318 itu pula tiba-tiba di tutup serta merta supaya tidak di sewakan kepada tetamu buat sementara waktu, berita penutupan bilik tersebut menyebabkan semua pekerja berasa pelik dengan tindakan itu, pelbagai andaian di buat oleh semua pekerja di situ, akan tetapi pihak atasan hanya mendiamkan diri dan merahsiakannya sehingga kini..

Selepas kejadian itu Hadi demam selama seminggu, pengalaman itu menjadi kenangan pahit yg tidak dapat dia lupakan seumur hidupnya.. akan tetapi hadi tetap meneruskan kerjanya di hotel tersebut, dia kini telah di naikkan pangkat menjadi supervisor department housekeeping.. setiap kali dia melalui bilik 3318, hatinya akan rasa berdebar walaupun bilik itu masih lagi di tutup.. misteri bilik 3318 itu hanya terus tinggal misteri sehingga kini dan mungkin sehingga ia di buka semula untuk tetamu baru, adakah tetamu itu anda?