Tag Archives: Desa Cangkuang indonesia

Misteri Desa Cangkuang

Misteri Desa Cangkuang

DESA Cangkuang terletak di antara kota Bandung dan Garut iaitu 17 kilometer dari Garut dan kira-kira 46 kilometer dari Bandung, Jawa Barat, Indonesia.

Selain terkenal dengan dodolnya yang enak dan rekaan batik Garut yang tersendiri, ada sebuah tasik di Desa Cangkuang di panggil Situ Cangkuang yang menyimpan seribu satu misteri serta keunikan sehingga berjaya menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia.

Di Situ Cangkuang atau Tasik Cangkuang, ada sebuah pulau di tengahnya dipanggil Pulo Panjang dan di pulau inilah tersergam satu-satunya Candi Hindu yang ditemui pada 1966 oleh ahli arkeologi.

Uniknya, ia dibina bersebelahan dengan makam seorang tokoh Islam dikenali sebagai Embah Dalem Muhammad atau Arif Muhammad.

Menurut cerita rakyat, masyarakat Kampung Pulo di Pulo Panjang sudah menganut agama Hindu sejak abad ke-8 Masihi lagi, sebelum didatangi Arif Muhammad, utusan kerajaan Mataram yang melarikan diri selepas gagal menyerang Belanda di Batavia pada kurun ke-17.

Akibat kekalahan itu Arif Muhamad tidak mahu kembali ke kerajaan Mataram kerana malu dan takut pada Sultan Agung. Beliau mulai menyebarkan agama Islam pada masyarakat Kampung Pulo.

Arif Muhammad berserta pengikutnya bernikah dan menetap di Kampung Pulo sehingga meninggal dunia.

Sewaktu berada di pulau berkenaan, penduduknya sudah mula memeluk agama Hindu namun tidak mendapat sambutan sebaliknya kesempatan itu diambil Arif Muhammad untuk menyebarkan agama Islam dan ia berjaya menarik seluruh penduduk menganut agama Islam.

Kerana kecewa, penganut Hindu bertindak memusnahkan candi berkenaan dan mencampak patung Siva ke dalam tasik.

Arif Muhammad, meninggalkan enam anak perempuan dan seorang anak lelaki.

Oleh itu, di Kampung Pulo hanya ada enam rumah adat yang dibina secara berjajar, saling berhadapan masing-masing tiga buah rumah di kiri dan di kanan ditambah dengan sebuah masjid.

Dipercayai enam buah rumah yang dibina menggambarkan enam anak perempuan manakala masjid pula mewakili anak lelakinya.

Dipercayai ketika majlis berkhatan anak lelakinya, ribut kuat melanda kampung itu.

Akibatnya, banyak kemusnahan berlaku termasuk anak lelakinya sendiri terkorban selepas terhempap gong gamelan yang digunakan sebagai alat bunyi-bunyian.

Apa yang menarik dan misteri mengenai kampung ini ialah jumlah rumah yang dibina tidak boleh ditambah atau dikurang serta yang tinggal menetap di rumah berkenaan tidak boleh lebih dari enam orang sekeluarga.

Jika seorang anak sudah dewasa kemudian bernikah maka paling lambat dua minggu selepas itu harus meninggalkan rumah dan harus keluar dari lingkungan keenam rumah berkenaan.

Walaupun seluruh masyarakat Kampung Pulo beragama Islam dan sudah masuk ke generasi ke-8 tetapi mereka tetap melaksanakan sebahagian upacara ritual Hindu sehingga kini.

Dalam adat istiadat Kampung Pulo ada beberapa amalan yang masih berlaku hingga sekarang iaitu adab menziarah makam dengan membawa persembahan berupa bara api, kemenyan, minyak wangi, bunga-bungaan dan serutu.

Hal ini dipercayai dapat mendekatkan diri kepada roh-roh nenek moyang.

Cangkuang atau pokok mengkuang hanya tumbuh subur di pulau ini dan tidak di tempat lain.

Dilarang berziarah pada hari Rabu (hari kematian anak lelaki Arif Muhammad), bahkan dulu penduduk sekitar tidak dibenarkan melakukan kerja berat, malahan Arif Muhammad sendiri tidak mahu menerima tamu kerana hari itu dikhususkan untuk mengajar agama.

Masyarakat Kampung Pulo percaya sekiranya masyarakat melanggar pantang ini akan ditimpa malapetaka ke atas mereka.


Bentuk atap rumah mesti dipasang secara memanjang, tidak boleh memukul Gong besar, tidak boleh memelihara haiwan ternakan besar berkaki empat seperti kambing, kerbau, sapi dan lain-lain.

Setiap kali sambutan Maulidur Rasul mereka melaksanakan upacara adat memandikan harta benda pusaka seperti keris, batu aji, peluru dari batu yang dianggap bermakna dan mendapat berkat.

Mereka yang berhak menguasai rumah-rumah adat adalah wanita dan diwariskan pula kepada anak perempuannya.

Sedangkan bagi anak lelaki yang sudah bernikah harus meninggalkan kampung berkenaan selepas dua minggu.

Banyak versi legenda mengenai bagaimana Arif Muhammad boleh disemadikan kurang lima meter di sebelah barat Candi Cangkuang, tempat pemujaan Dewa Siva.

Namun, ia turut menjadi bukti keharmonian agama itu sebenarnya sudah wujud sejak sekian lama.

Desa Cangkuang, Desa Cangkuang foto, Desa Cangkuang gambar, Desa Cangkuang video, Desa Cangkuang indon, Desa Cangkuang indo, Desa Cangkuang indonesia, Desa Cangkuang hantu, Desa Cangkuang misteri, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri cerita, Desa Cangkuang aneh, misteri, hantu misteri, hantu foto, hantu gambar, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon