Tag Archives: makhluk misteri

Misteri Makhluk Ganjil Di KLIA

Puaka Niring : Misteri Makhluk Ganjil Di KLIA

 

mahluk

Korang mesti pernah pergi ke KLIA kan? Sebelum KLIA tersebut dibina, kawasan tersebut merupakan hutan tebal dan juga ladang kelapa sawit. Korang boleh agak kan, kalau kawasan camtu mesti tempatnya keras.

Sesetengah pekerja yang bekerja di KLIA tu pasti akan mengalami kejadian pelik seperti penampakan sesuatu, terdengar bunyi-bunyi pelik dan sebagainya.

Jom kita baca kisah misteri dari mereka yang pernah mengunjungi KLIA ni :-

.

1. Parking Underground KLIA

– ada orang sudah jumpa hantu apek kat parking KLIAa mintak duit kecik nak bayar parking.  Siasat punye siasat, rupa-rupanyanya apek itu sudah mati bunuh diri kat area situ dengan terjun bangunan (kalo tak salah laaa..) & org yg bernasib baik aje akan ditegor apek ni…

2. Gate 2

– Ustaz Ismail Kamus datang KLIA ni buang hantu kat gate G2. Hantu tuh tinggal kat gate G2 tapi kalo malam-malam dia suke kacau staf-staf MAS yang duduk kat ofis hospitality yang kat sebelah gate G2 tuh. Dia usik-usik telinga pastu cuit-cuit lengan staf-staf dalam tuh. Kalo korang dengar citer member aku tuh sure korang pon meremang bulu roma.

3. Aerotrain KLIA

– Hujung tahun lepas member aku nak masuk bertugas bilik kat satelit lepas ambik time rehat.. Darr MTB ke satelit kan kene naik aerotrain kan. Dia duduk dalam gerabak tengah.. Bila lalu kat terowong dia toleh kat seat kat hujung gerabak lagi satu dia nampak sorang lembaga duduk tundukkan kepala. Rambut panjang sampai kaki. Duduk keras tak toleh kiri kanan. Membongkok. Member aku neh terus baca segala macam ayat-ayat Al-Quran yang dia ingat. Dan terus tak pandang balik kat tempat mende tuh duduk. Aerotrain stop jek kat satelit terus dia berlari keluar.

.

4. Surau dalam Waiting Hall (ntah gate mana satu) – Cite ni experience aku mase sekolah dulu-dulu. Aku kalo cuti pendek-pendek balik umah naik flight je. Sekolah jauh kat kelantan nun. So ade skali tu aku nye flight pagi … kul 7 lebey kalo tak silap … so awal-awal lagi kena check in la … ari tu aku balik sorang-sorang sebab aku tak balik time cuti balik bermalam. Ada family emergency time tu.

Sebelum subuh parents aku dah hantar aku gi KLIA. Aku ni dulu-dulu kalo time nak balik asrama … aku nak cepat-cepat check in sebab kalo lame-lame tunggu ngan family aku rase sedey … hehehe … bese la tak biase dok berjauh ngan family sebelum ni … kalo KLIA tu da check in … pagi-pagi sunyi … walaupun time tu da lebey kurang time subuh … still tak de orang … pas da check in … aku lepak kat surau yang kat dalam tu … tapi mase aku solat subuh … something yang aneh ar berlaku … aku cuma dengar bunyi paip terbuka cm orang berwudhu’ … pastu mase aku rakaat kedua … aku dengar org takbir “AllahuAkbar” nak start solat dan sentuh bahu aku cuma masuk masbu’ nak solat berjemaah la … aku pun cuma lek je la … semayang cam biasa … imamkan la ‘orang’ tu … tapi bile aku bagi salam … aku tengok tak de .

5. Jungle Walk (Bilik Intai)

– Area taman tu namanya jungle boardwalk. Menurut urban legend yang diceritakan oleh kawan aku, kat situ ada kubur orang asli yang tak boleh dipindahkan. So, dia orang buat la cam konsep taman dalam airport đŸ˜† taktau la kebenaran citer ni tapi awal tahun aritu memang jungle boardwalk ni ditutup sebab ada kes histeria. Sekarang ni baru bukak balik. Tapi memang are kat bangunan satellite ni feymes di kalangan staf KLIA sebagai building paling berhantu. Kalau staf-staf yang penah keje floor kat sini dulu citer memang seram kalau syif malam kat sini especially bila takder flight. Tersangat la sunyi dan bermacam-macam penampakan ada ;P

6. Tingkat 5, Tempat Berlepas.

– Lagi satu kisah benar yang diceritakan oleh sorang senior staf. hehe. Kalau korang perasan la kan, kat level 5 main terminal building tu ada cam Malaysia Airports buat exhibit sikit (structure kaler oren kat gate 3/4 tuh). Dulu ada satu gambar kat situ, boleh tengok cik pon. gambar tu gambar salah satu air terjun kat malaysia ni pastu punya la feymes gambar cik pon ni sampai ramai gila org nak tengok tiap-tiap hari. Tapi sekarang ni dia orang dah tukar gambar tu sebab macam dah jadi rusuhan plak. Staf yang citer kat aku ni cakap dia sendiri pegi tengok gambar cik pon tu. Memula memang tak perasan tapi sekali bila dah ‘nampak’, memang seram giler. Sebabnya cik pon tu betul-betul pandang kamera so memang cam cik pon tu tengah tengok kita la. sampai ada yang histeria katanya.. :L teringin gak aku nak tengok gambar tu tapi tak der sapa tau mana pegi dah. Structure tu still ada tapi gambar semua dah totally different skang :( .

.

7. Bilik Satelit.

Satu kes lagi membe aku nampak ada sorang budak lambai-lambai kat dia dari jauh dekat celah pintu, lorong ke mana ntah. Pelik jugak macam mana budak bole masuk satellite lagi-lagi tempat kawasan larangan. Apatah lagi tengah-tengah malam masa tu. Membe aku pun kejar la budak tu.. Bila sampai situ budak tu dah hilang. Membe aku masuk la lorong tu, memang sunyi giler la (aku pun tak pernah lalu situ) bilik-bilik yang ada dalam tu sumer dah tak beroperasi. Seorang staff engineering yang kebetulan lalu berdekatan area situ bagi tau, hantu budak tu la yg banyak mengganggu staf-staf dalam bilik tu beberapa thn dahulu. Apalagi, terus demam membe aku 3 hari.. .

.

p/s : kesahihan cerita tak dapat dinafikan. Tetapi banyak lagi sebenarnya cerita di KLIA ini seperti antaranya depan KFC tetapi ceritanya agak kurang releven. Jadi apa-apa korang jangan rasa takut, kuatkan iman anda

Makhluk menakutkan dari dasar laut

Makhluk menakutkan dari dasar laut

Ia kelihatan seperti raksasa dari planet lain. tapi inilah makhluk yang terasing yang wujud di bawah lautan. Memeranjatkan gambar-gambar cacing “polychaeta”, atau cacing skala, menunjukkan bagaimana makhluk ini berkembang dan bertahan dengan tekanan yang melampau lebih dari 1000 meter di bawah permukaan air dan persekitaran yang amat buruk tanpa sedikit pun cahaya matahari.

Ciri-ciri makhluk ini termasuk mulut yang menakutkan yang boleh bergerak keluar masuk, menjadikannya mereka mudah untuk memakan mangsanya. Ini didedahkan dalam satu siri imej-imej yang dikeluarkan oleh penyelidik lautan dalam. Makhluk yang berukuran lebih dari dua atau tiga sentimeter panjang, sebahagian daripada ekosistem yang tidak diketahui sejak 40 tahun dahulu.

Makhluk ini lebih dikenali sebagai “perokok” atau cacing skala. Makhluk ini biasanya ditemui di sekitar zon gempa bumi, gunung berapi dan plat tektonik.