Tag Archives: seram

Hingga Akhir Nanti

Hingga Akhir Nanti, bersama mayat Misteri,bersama mayat hantu, bersama mayat Misteri, bersama mayat seram, bersama mayat aneh, bersama mayat berhantu, bersama mayat menakutkan, bersama mayat seram, bersama mayat cerita,bersama mayat gambar, bersama mayat foto,bersama mayat latar belakang,bersama mayat misteri nusantara, bersama mayat cacat, bersama mayatalam ghaib, bersama mayat dunia,bersama mayat belaan,bersama mayat video,bersama mayat aneh,

Hingga Akhir Nanti

mayat

Aku rasa samada ini makwe atau bini dia yang dah mati. Kenapa dia masih mahu mengambil gambar, tak tau.

Drag Me To Hell – Treler Filem

Drag me to hell

[media id=8 width=500 height=400]

Drag Me To Hell – Treler Filem

Filem:
Drag Me To Hell

Dibintangi Oleh:
Alison Lohman, Justin Long, Dileep Rao, David Paymer, Reggie Lee, Adriana Barraza dan Lorna Raver

Genre:
Klasik Seram

Ulasan:
‘Drag Me To Hell’ merupakan usaha terbaru pengarah Sam Raimi sejak trilogi ‘Spider-Man’, dan keemasan karya terbarunya terserlah.

Filem sebegini sedikit ‘rare’ sekarang ini, dan ia mampu mencetuskan reaksi yang bertentangan seperti tergelak sempoi, tiba-tiba mahu menangis sadis dan asyik nak melompat dari kerusi.

Seratus peratus menghiburkan, gabungan citarasa jenaka tuan pengarah dengan minatnya yang mendalam terhadap genre ‘classic horror’ ataupun ‘klasik seram’. Raimi yang sebelum ini terkenal sebagai bakat luarbiasa dengan suara sinema tersendiri dengan siri ‘The Evil Dead’ kembali dengan sentuhan lamanya melalui ‘Drag Me To Hell’.

Treler FilemMPPB_15895
Keseraman cerita ini dapat kita rasakan melalui kanta mata Alison Lohman yang menggantikan pelakon asal, Ellen Page (‘Juno’), sebagai watak utama, Christine.
Christine, seorang awek normal yang bekerja sebagai pegawai pinjaman wang di bank, terkena sumpahan Puan Ganush, seorang gipsi berupa nenek kebayan yang misteri lagi menakutkan. Semuanya kerana Christine terpaksa menolak rayuan pinjaman Puan Ganush yang pucat, bergigi palsu serta sedikit ‘evil’ dan menjijikkan, menyebabkan orang tua itu kehilangan rumahnya.Keseraman bermula apabila Puan Ganush tiba-tiba menggila-babi dan mengasak Christine di tempat ‘parking’ gelap selepas kerja dan menyumpahnya dengan jin durjana Lamia.

MPPB_15892MPPB_15889

Sedikit Kesimpulan…
Susah untuk mengalih pandangan daripada skrin selama 99 minit kerana ketelitian Raimi menggambarkan ketakutan mencengkam dengan lawak tepi yang amat menghiburkan, sehingga imej-imej yang direka di dalam imaginasi Raimi beralih pula melekat di kepala kita.

Adunan muzik dan bunyi dalam mengusung cerita pun pelik dan berperanan besar – bayangkan muzik ‘Exorcist’ dan ‘Hellraiser’ tapi dengan ‘sense of humour’. Kita meremang tapi sengih dengan tak sengaja.

Dikotomi dua dunia normal dan separanormal yang dialami Christine, yang dibelenggu jin gelap dan balaknya Clay (Justin Long), melambangkan keseraman sebenar filem ini sebab ketidakwarasan yang memulaukan hati dan minda ini boleh juga terjadi pada kita.

Lagi satu, cerita ini takde ‘happy ending’, dan ‘Drag Me To Hell’ (ataupun, ‘Heret Aku Ke Neraka’) memang boleh mengganggu ketenteraman. Di dalam sinema, akan kedengaran bermacam-macam respon dari gelak besar sampai ke kesunyian tanda takut sampaikan siulan tanda seronok.

Mitos Jin Lamia:
Syaitan durjana berkepala dan berkaki kambing yang bernama ‘Lamia’ merupakan antagonis utama cerita ‘Drag Me To Hell’ yang mengacau Christine selama tiga hari sebelum datang buat kali terakhir untuk mengutip jiwanya untuk dibawa pulang ke neraka.

Diakui versi Sam Raimi ini, seperti pengarah/sutradara itu juga, mempunyai sifat kenakalan disamping kejahatannya. Tetapi jin Lamia mengikut mitos Yunani ialah seorang dewi yang bertukar menjadi hodoh dan buruk sehingga menjadi ‘demon’ jahat, semuanya kerana dosa besarnya berzina dengan Zeus.

MPPB_15894

Lamia yang kemudiannya ‘kantoi’ dipaksa oleh isteri Zeus, Hera, untuk memakan anaknya sendiri hasil daripada hubungan sulit itu, dan Lamia yang patah semangat dan gila terus mencari dan memakan semua anak warga Yunani.

Terdapat beberapa lagi versi Lamia dalam pelbagai bahasa dan budaya Barat tetapi persamaan yang dikongsi oleh semua adalah tujuan kewujudan Lamia memang satu iaitu untuk meragut roh orang ke neraka jahanam…

Treler Filem, Treler Filem musik, Treler Filem video, Treler Filem foto, Treler Filem cinta, Treler Filem berita, Treler Filem awek, Treler Filem kontraksi, Treler Filem Hiburan, Treler Filem malaysia, Treler Filem Melayu, Treler Filem gambar, Treler Filem cerita, Treler Filem pilihan, Treler Filem kl, Treler Filem bf1, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri artis, misteri cari, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri hantu, misteri kl, misteri bf1, hantu misteri, hantu foto, hantu gambar, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon, hantu indo, hantu indonesia, hantu takut, hantu teman, hantu hantu, hantu kl, hantu bf1, misteri, foto, gambar, video, kawan, toyo, artis, cari, melayu, layu, melay, malaysia, indon, indo, indonesia, takut, teman, hantu, kl, bf1

Misteri kisah Aishah Masih Hidup

Misteri kisah Aishah Masih Hidup,Misteri kisah Aishah hantu, Misteri kisah Aishah Misteri, Misteri kisah Aishah seram, Misteri kisah Aishah aneh,Misteri kisah Aishah berhantu, Misteri kisah Aishah menakutkan, Misteri kisah Aishah seram, Misteri kisah Aishah cerita,Misteri kisah Aishah gambar, Misteri kisah Aishah foto,Misteri kisah Aishah latar belakang, Misteri kisah Aishah misteri nusantara, Misteri kisah Aishah cacat, Misteri kisah Aishah alam ghaib, Misteri kisah Aishah dunia,Misteri kisah Aishah belaan,Misteri kisah Aishah video,Ikan Gergasi aneh,

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu. Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia sensitif terhadap ‘flash’ yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan. Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4 lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali. Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, “Sesiapa yang melihat gambarku yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!”

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar, jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.

aishah

Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam pandangan anda.

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih sayangkan mereka.