Tag Archives: tiga

Kaki Dalam Kepala Bayi

Kaki Dalam Kepala Bayi, Bayi Misteri,Bayi hantu, Bayi Misteri, Bayiseram, Bayi aneh, Bayi berhantu, Bayi menakutkan, Bayi seram, Bayi cerita,Bayi gambar, Bayi foto,Bayi latar belakang, Bayi misteri nusantara, Bayi cacat, Bayi alam ghaib, Bayi dunia,Bayi belaan,Bayi video,JBayi aneh,Bayi youtube,

Kaki Dalam Kepala Bayi

Berita ni aku ambik kat mana aku dah lupa. Tapi memang aneh dan misteri!

bayi

DENVER: Seorang pakar bedah otak kanak-kanak berkata beliau menemui sebelah kaki dan bahagian tubuh tidak sempurna di dalam ketumbuhan yang dikeluarkannya ketika membedah otak seorang kanak-kanak di Colorado.

Paul Grabb berkata beliau melakukan pembedahan ke atas Sam Esquibel yang baru berusia tiga hari, 3 Oktober lalu di Hospital Kanak-kanak Memorial, selepas ujian imbasan menunjukkan ada ketumbuhan mikro di dalam otak kanak-kanak berkenaan. Sam bagaimanapun seorang bayi yang sihat.

bayi3

Grabb berkata ketika mengeluarkan ketumbuhan itu beliau mendapati ia mengandungi sebelah kaki hampir sempurna dan bahagian tubuh menyerupai sebelah lagi kaki, tangan dan paha.

“Penemuan ini sesuatu yang amat luar biasa, unik dan hampir tidak pernah diketahui,” katanya.

Grabb berkata, beliau tidak pasti punca yang menyebabkan ketumbuhan seperti itu tetapi percaya ia mungkin sejenis ketumbuhan yang mempunyai kaitan dengan keturunan.

bayi1

“Bagaimanapun ketumbuhan yang pernah ditemui hanya mempunyai bentuk biasa. Ia juga mungkin satu kes dikenali sebagai ‘janin di dalam janin, merujuk kepada kembar janin yang terbentuk di dalam organ lain, namun amat jarang berlaku di dalam otak,” katanya.


Drag Me To Hell – Treler Filem

Drag me to hell

[media id=8 width=500 height=400]

Drag Me To Hell – Treler Filem

Filem:
Drag Me To Hell

Dibintangi Oleh:
Alison Lohman, Justin Long, Dileep Rao, David Paymer, Reggie Lee, Adriana Barraza dan Lorna Raver

Genre:
Klasik Seram

Ulasan:
‘Drag Me To Hell’ merupakan usaha terbaru pengarah Sam Raimi sejak trilogi ‘Spider-Man’, dan keemasan karya terbarunya terserlah.

Filem sebegini sedikit ‘rare’ sekarang ini, dan ia mampu mencetuskan reaksi yang bertentangan seperti tergelak sempoi, tiba-tiba mahu menangis sadis dan asyik nak melompat dari kerusi.

Seratus peratus menghiburkan, gabungan citarasa jenaka tuan pengarah dengan minatnya yang mendalam terhadap genre ‘classic horror’ ataupun ‘klasik seram’. Raimi yang sebelum ini terkenal sebagai bakat luarbiasa dengan suara sinema tersendiri dengan siri ‘The Evil Dead’ kembali dengan sentuhan lamanya melalui ‘Drag Me To Hell’.

Treler FilemMPPB_15895
Keseraman cerita ini dapat kita rasakan melalui kanta mata Alison Lohman yang menggantikan pelakon asal, Ellen Page (‘Juno’), sebagai watak utama, Christine.
Christine, seorang awek normal yang bekerja sebagai pegawai pinjaman wang di bank, terkena sumpahan Puan Ganush, seorang gipsi berupa nenek kebayan yang misteri lagi menakutkan. Semuanya kerana Christine terpaksa menolak rayuan pinjaman Puan Ganush yang pucat, bergigi palsu serta sedikit ‘evil’ dan menjijikkan, menyebabkan orang tua itu kehilangan rumahnya.Keseraman bermula apabila Puan Ganush tiba-tiba menggila-babi dan mengasak Christine di tempat ‘parking’ gelap selepas kerja dan menyumpahnya dengan jin durjana Lamia.

MPPB_15892MPPB_15889

Sedikit Kesimpulan…
Susah untuk mengalih pandangan daripada skrin selama 99 minit kerana ketelitian Raimi menggambarkan ketakutan mencengkam dengan lawak tepi yang amat menghiburkan, sehingga imej-imej yang direka di dalam imaginasi Raimi beralih pula melekat di kepala kita.

Adunan muzik dan bunyi dalam mengusung cerita pun pelik dan berperanan besar – bayangkan muzik ‘Exorcist’ dan ‘Hellraiser’ tapi dengan ‘sense of humour’. Kita meremang tapi sengih dengan tak sengaja.

Dikotomi dua dunia normal dan separanormal yang dialami Christine, yang dibelenggu jin gelap dan balaknya Clay (Justin Long), melambangkan keseraman sebenar filem ini sebab ketidakwarasan yang memulaukan hati dan minda ini boleh juga terjadi pada kita.

Lagi satu, cerita ini takde ‘happy ending’, dan ‘Drag Me To Hell’ (ataupun, ‘Heret Aku Ke Neraka’) memang boleh mengganggu ketenteraman. Di dalam sinema, akan kedengaran bermacam-macam respon dari gelak besar sampai ke kesunyian tanda takut sampaikan siulan tanda seronok.

Mitos Jin Lamia:
Syaitan durjana berkepala dan berkaki kambing yang bernama ‘Lamia’ merupakan antagonis utama cerita ‘Drag Me To Hell’ yang mengacau Christine selama tiga hari sebelum datang buat kali terakhir untuk mengutip jiwanya untuk dibawa pulang ke neraka.

Diakui versi Sam Raimi ini, seperti pengarah/sutradara itu juga, mempunyai sifat kenakalan disamping kejahatannya. Tetapi jin Lamia mengikut mitos Yunani ialah seorang dewi yang bertukar menjadi hodoh dan buruk sehingga menjadi ‘demon’ jahat, semuanya kerana dosa besarnya berzina dengan Zeus.

MPPB_15894

Lamia yang kemudiannya ‘kantoi’ dipaksa oleh isteri Zeus, Hera, untuk memakan anaknya sendiri hasil daripada hubungan sulit itu, dan Lamia yang patah semangat dan gila terus mencari dan memakan semua anak warga Yunani.

Terdapat beberapa lagi versi Lamia dalam pelbagai bahasa dan budaya Barat tetapi persamaan yang dikongsi oleh semua adalah tujuan kewujudan Lamia memang satu iaitu untuk meragut roh orang ke neraka jahanam…

Treler Filem, Treler Filem musik, Treler Filem video, Treler Filem foto, Treler Filem cinta, Treler Filem berita, Treler Filem awek, Treler Filem kontraksi, Treler Filem Hiburan, Treler Filem malaysia, Treler Filem Melayu, Treler Filem gambar, Treler Filem cerita, Treler Filem pilihan, Treler Filem kl, Treler Filem bf1, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri artis, misteri cari, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri hantu, misteri kl, misteri bf1, hantu misteri, hantu foto, hantu gambar, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon, hantu indo, hantu indonesia, hantu takut, hantu teman, hantu hantu, hantu kl, hantu bf1, misteri, foto, gambar, video, kawan, toyo, artis, cari, melayu, layu, melay, malaysia, indon, indo, indonesia, takut, teman, hantu, kl, bf1

Lubang Gergasi Bumi – Misteri

800-2009-misc-lubang-gergasi1

Lubang Gergasi Bumi – Misteri

Kewujudan lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering dianggap fenomena luar biasa.PASTI ramai di kalangan pengguna Internet pernah dikejutkan dengan e-mel rantaian yang menunjukkan gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.

Bagi yang curiga, kesahihan gambar seperti itu segera disangkal dengan tanggapan ia dimanipulasi perisian suntingan imej.Dalam mencerna kesimpulan, manusia perlu mengambil kira banyak penjelasan terutama dari sudut ilmu geologi.

Antaranya adalah seperti kejadian hakisan batu kapur, pergerakan air bawah tanah ataupun impak meteor yang terjadi ratusan atau ribuan tahun sebelumnya.

China, misalnya, mempunyai lubang gergasi atau rongga bumi terbanyak di dunia, iaitu kira-kira 50 kesemuanya. Rekod penemuan fenomena landskap alam itu dalam istilah tempatan dipanggil tiankeng.

Senarai rongga bumi di China didahului tiankeng Xiaozhai. Ia mempunyai kedalaman 660 meter dan berkapasiti 119 juta meter kubik dan dikatakan mengumpul sumber air hingga berkemungkinan menjadi punca aliran Sungai Yangtze.

800-2009-misc-lubang-gergasi2

“Anda boleh menyembunyikan beberapa Bangunan Empire State di dalamnya. Rakyat China sendiri tidak mengetahui tentangnya hinggalah ia didedahkan media 15 tahun lalu.

“Laluan belantara dan ketiadaan infrastruktur menyukarkan sesiapa untuk sampai ke lokasi ini,” ulas pakar geologi dari Pennsylvania State University, Prof. William White.

White membentangkan penemuan tiankeng Xiaozhai selepas mengikuti pelawaan ekspedisi ke lokasi terpencil itu pada tahun 2005 oleh pakar dari Institut Geologi Guilin, Zhu Xuewen.

800-2009-misc-lubang-gergasi3

“Ciri rongga bumi sangat unik. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kemungkinan wujudnya aliran sungai bawah tanah. Ia kelihatan seperti lembah, namun jika diteliti, ‘lembah’ itu tidak mempunyai jalan keluar,” ujar White.

Di Texas, Amerika Syarikat, rongga bumi yang digelar Devil’s Sinkhole sudah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.

Penerokaannya dari sudut komersial telah menjadikan tempat itu boleh dikunjungi mereka yang mahu mencuba aktiviti seperti menuruni cenuram batu dan merentas lereng.

Paling menggemparkan adalah tentang kejadian lubang gergasi yang mengorbankan tiga mangsa di Guatemala City pada 23 Februari 2007.

800-2009-misc-lubang-gergasi4

Diameter lubang ini mencapai ukuran 20 meter sementara berkedalaman 204 meter. Kerosakan sistem pengaliran air banjir bawah tanah dikatakan menjadi punca bagi tragedi yang meninggalkan landskap kekal itu.

Selain lubang yang terbentuk secara alami atau tanpa diduga, terdapat juga lubang besar yang dibuat oleh manusia atas agenda perlombongan.

Sebagai contoh, lombong berlian di di Mirna, Siberia meninggalkan lubang bersaiz 525 meter dalam dan berdiameter 1.25 kilometer. Saiz berbentuk kawah itu sangat jelas dikesan daripada rakaman satelit.

Impak meteor juga dipercayai menyebabkan rongga besar di dasar Laut Caribbean.

Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

800-2009-misc-lubang-gergasi5

Air membentuk kaviti

Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.

“Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi,” terangnya.

Selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.

Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.

Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.

Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.

“Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku,” ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.

Lubang Gergasi, Lubang Gergasi misteri, Lubang Gergasi foto, Lubang Gergasi gambar, Lubang Gergasi video, Lubang Gergasi kawan, Lubang Gergasi toyo, Lubang Gergasi artis, Lubang Gergasi cari, Lubang Gergasi melayu, Lubang Gergasi layu, Lubang Gergasi melay, Lubang Gergasi malaysia, Lubang Gergasi indon, Lubang Gergasi indo, iLubang Gergasi ndonesia, Lubang Gergasi takut, Lubang Gergasi teman, Lubang Gergasi hantu, Lubang Gergasi kl, Lubang Gergasi bf1, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri artis, misteri cari, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri hantu, misteri kl, misteri bf1, hantu misteri, hantu foto, hantu gambar, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon, hantu indo, hantu indonesia, hantu takut, hantu teman, hantu hantu, hantu kl, hantu bf1, misteri, foto, gambar, video, kawan, toyo, artis, cari, melayu, layu, melay, malaysia, indon, indo, indonesia, takut, teman, hantu, kl, bf1