Tag Archives: video hantu batu

Misteri Sang Kelembai

Misteri Sang Kelembai

Semasa aku dibangku sekolah , aku pernah baca buku dongeng mengenai Sang Kelembai.

Sang Kelembai digambarkan sebagai seorang budak lelaki dan tinggal didalam hutan.Mempunyai kuasa sakti dan sumpahannya boleh menjadi batu.Sang Kelembai suka makan pucuk buluh dan menyebabkan orang kampung di Kampung Gajah pada masa itu sukar untuk mendapatkan buluh.Pucuk dimakan,pangkalnya mati.Akhir cerita, Sang Kelembai berjaya dihalau dari kampung mereka setelah pohon buluh di tebang.Ini bertujuan supaya Sang Kelembai sukar untuk mendapatkan makanan.

Terdapat banyak versi mengenai kisah sang kelembai , ada versi di pahang,langkawi dan perak.Tetapi mengikut bukti , sang kelembai dikatakan wujud di negeri perak iaitu Kampung Gajah.

Kesan sumpahan Sang Kelembai ( ini yg dpt aku cari di internet )

  • Batu Kapal di Puncak Gunung Jerai – Dikatakan milik kapal Maharaja Merong Mahawangsa.
  • Batu di Bukit Tunggal yang menyerupai Gajah di Kampung Gajah,Perak.
  • Tanah Abang – Gajah dan Anaknya di sumpah menjadi batu.

Walau bagaimanapun, kita sebagai generasi baru sepatutnya tidak meminggirkan kisah-kisah klasik dan dongeng kerana ia sebahagian daripada warisan negara kita.Walaupun kisahnya tidak masuk akal tapi sekurang-kurangnya kita dapat memperoleh penganjaran daripada kisah tersebut terutamanya dari kisah Si Tanggang,Batu Belah Batu Bertangkup dan sebagainya

Misteri Sang Kelembai,Misteri Sang Kelembai misteri,Misteri Sang Kelembai foto, Misteri Sang Kelembai gambar, Misteri Sang Kelembai video, Misteri Sang Kelembai toyol, Misteri Sang Kelembai melayu, Misteri Sang Kelembai peristiwa, Misteri Sang Kelembai malaysia, Misteri Sang Kelembai bf1, misteri foto,misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri kl, misteri bf1, Misteri Sang Kelembai misteri,Misteri Sang Kelembai foto, Misteri Sang Kelembai video,Misteri Sang Kelembai melayu, Misteri Sang Kelembai layu, Misteri Sang Kelembai melay, Misteri Sang Kelembai malaysia,Misteri Sang Kelembai indon, Misteri Sang Kelembai indo, Misteri Sang Kelembai indonesia, Misteri Sang Kelembai teman, Misteri Sang Kelembai kl,Misteri Sang Kelembai bf1,misteri, gambar hantu batu, video hantu batu, kawan Misteri Sang Kelembai,toyo Misteri Sang Kelembai, cari Misteri Sang Kelembai, Misteri Sang Kelembai melayu, misteri, foto, gambar, video, melayu, layu, melay, malaysia, indon,indo, indonesia

Misteri Gurung Jerai

Misteri Gurung Jerai

Hampir jam 8.00 malam, dua orang gadis terus berkeliaran di sekitar puncak gunung jerai. Mereka tercari-cari seseorang.

Di puncak gunung itu, kedua-dua gadis ini telah bertemu dengan seorang lelaki bernama Ramli Haji Khamis, 48. Dia bekerja dengan sebuah organisasi yang terletak di puncak gunung itu. Sudah hampir 20 tahun Ramli bekerja di situ.

“Abang, kami nak bermalam di sini, di Padang Tok Sheikh, boleh tak ?” Tanya salah seorang daripada mereka. Namanya Rasidah. Kawasan padang yang ditanyakan oleh gadis itu adalah sebuah tempat lapang di puncak gunung itu. Ia dipanggil Padang Tok Sheikh.

Ramli bingung. Biasanya orang yang hendak berkhemah atau berkelah di situ memang akan bertanya dan meminta kebenaran dengan Ramli dahulu. Boleh atau tidak, Ramli akan putuskan.

Tapi kali ini Ramli terpaksa menegah kerana sungguh tidak molek anak gadis bermalam di situ. Lalu Ramli menyuruh kedua-dua gadis yang bertelekung ini pulang sahaja. Namun gadis-gadis itu enggan. “Tolonglah bang, malam ni aja. Lepas ni, kami takkan datang lagi,” pinta Rasidah lagi.

Ramli tidak mahu berganjak daripada keputusannya. Berulang kali difikirkannya, apa gadis-gadis ini tidak takut dengan gunung ini? Gunung ini ‘bernyawa’. Ia banyak menyimpan cerita misterinya yang tersendiri.

Orang-orang di Gurun, Kedah, semuanya tahu puncak gunung itu adalah perkampungan bunian. Di puncak itu ada sebuah kerajaan besar. Ada istana dan pemerintahnya. Juga, ada kampung-kampung dan rakyat jelatanya.

Jadi, tidak perlu gadis-gadis tersebut bermalam di puncak gunung itu. Bahaya! Nanti disorok orang bunian. Tetapi berulang kali Ramli menghalang, ada-ada saja alas an yang diterimanya.

“Kami dah janji dengan tok wan. Tok wan nak datang malam ni. Bolehlah, bang…” rayu Rasidah, tinggi suaranya.

Tok wan mana pula, fakir Ramli. Ada sesuatu yang tidak kena! Segera Ramli amati wajah kedua-dua gadis yang bertelekung ini. Air muka mereka berdua manis dan berseri. Berumur sekitar awal 20-an. Salah seorang daripada mereka senyap sahaja, hanya Rasidah yang bersuara. Pada pandangan Ramli, gadis-gadis ini bukan jelmaan makhluk halus. Bukan… mereka bukan orang bunian!

“Tolonglah, bang. Puteri dah mimpi semalam! Tok wan nak datang malam ni. Puteri dah janji dengan tok wan,” kata Rasidah lagi.

Puteri? Siapa puteri? Fikiran Ramli semakin bercelaru. Siapakah gadis-gadis ini sebenarnya? Mengapa lain benar percakapan mereka?

Lalu Ramli cuba menakut-nakutkan mereka. Ramli katakana hutan itu penuh dengan binatang buas. Di sekitar gunung itu sudah ramai orang yang hilang nyawa diserang gajah meroyan, harimau, dipatuk ular, kala jengking, bisa lipan bara dan binatang-binatang buas yang lain.

“Tak mengapa, bang. Tok wan ada, tok wan boleh halau binatang-binatang tu. Puteri pun ada!” jawab Rasidah. Ah! Ramli semakin terasa aneh dengan percakapan gadis ini. Siapa tok wan itu? Siapa pula puteri itu?

Tiba-tiba, ada suara aneh hinggap ke telinga Ramli. Seakan ada orang meniup-niup telinganya dan berulang kali suara itu menyebut Puteri Delima. “Puteri Delima. Puteri Delimaaaa!!” Ramli terpaku. Siapa yang bercakap? Darah Ramli mula berderau. Puteri Delima mana pula yang hendak dating, fikirnya berulang.

“Sayalah Puteri Delima!” kata gadis yang duduk di sebelah Rasidah. Gadis yang senyap sahaja dari tadi itu mulai bersuara. Matanya berkilat. Kemudian dia tersenyum lebar dan ketawa terkekek-kekek. Ehh… ehheeee…! Ehh… ehheeee…! “Saya nak jumpa tok wan! Saya nak jumpa tok waaaaaan!!!!” kata gadis itu yang tidak putus-putus tersenyum dan memandang Ramli.

Ramli tergamam. Terus dia benarkan gadis-gadis itu pergi ke Padang Tok Sheikh kerana gadis-gadis ini bukan manusia biasa lagi. Mereka sudah dirasuk bunian, Ramli terpaksa tunaikan saja permintaan mereka.

Esoknya Ramli diberitahu rakan-rakannya, kedua-dua gadis tersebut ada berjumpa dengan orang-orang yang bekerja di sekitar gunung itu. Malam itu juga gadis-gadis tersebut telah dapat berjumpa dengan tok wan yang dimaksudkannya. Dakwa kawan-kawan Ramli, tok wan itu seorang lelaki tua dan beserban hijau. Mereka berjumpa di Padang Tok Sheikh. Peristiwa ini baru berlaku dua tiga tahun lepas.

Pada Ramli, apa yang mereka lihat itu adalah kelibat orang-orang bunian. Kawasan padang itu adalah salah satu daripada penempatan orang-orang bunian tersebut. Hutan rimba di sekeliling padang dan kawasan air terjun berdekatan juga adalah daerah kerajaan bunian.

Dahulu ada sekumpulan anak muda yang ternampak istana bunian di tepi air terjun di situ. Mujur mereka beredar. Kalau mereka masuk ke kawasan istana itu, mungkin mereka semua akan hilang dibawa ke alam ghaib.

Orang-orang bunian ini memang sungguh menawan paras rupa mereka. Yang perempuan cantik, yang lelaki pula kacak. Ada para pemuda dan pemudi yang mudah benar jatuh cinta apabila melihat makhluk-makhluk halus ini.

Mereka mengekori pemuda dan pemudi bunian itu ke dalam hutan dan akhirnya, ramai yang telah tersesat. Malah ada yang terus hilang di hutan rimba gunung itu, sampailah sekarang tidak ditemui.

Ramli sendiri selalu terlihat orang bunian yang masuk ke dalam surau di puncak gunung itu. Di ketika yang lain, Ramli ternampak seorang lelaki tua bunian yang berserban mengambil air sembahyang di perigi yang ada di situ.

Sebenarnya Ramli sudah banyak melalui pengalaman dahsyat yang dikatakan angkara makhluk-makhluk halus. Pada awal tahun 2000, ada seorang lelaki berusia pertengahan umur 20-an telah hilang di gunung itu. Jadi, Ramli diminta untuk membantu usaha polis mencari pemuda tersebut kerana dia cukup arif tentang kawasan pergunungan itu.

“Kita cari di sekitar air terjun dulu. Kalau tak jumpa juga, kita redah hutan ni,” kata Ramli pada polis-polis tersebut. Tetapi sudah hampir tiga hari, usaha mencarinya masih tidak membuahkan hasil. Tetap buntu. Sehinggalah pihak polis terpaksa menggunakan anjing pengesan untuk mencarinya.

Akhirnya, pemuda itu berjaya juga ditemui setelah hampir seminggu dicari. Pemuda itu dijumpai di sekitar kawasan hutan yang tidak jauh dari kawasan air terjun tadi.

Malang sekali, pemuda itu sudah tidak bernyawa lagi. Mayatnya ditemui dalam keadaan sungguh mengerunkan. Kepalanya putus. Dia seakan diserang oleh gergasi. Badannya berlumuran darah dan penuh luka. Cebisan pakaiannya yang koyak rabak bersepah-sepah diserata tempat. Apa sebenarnya yang terjadi?

Ramli yakin ini bukan angkara binatang buas. Itu angkara bunian kerana sebelumnya mereka sudah pun mencari di serata puncak gunung itu, pemuda tersebut gagal ditemui. Tetapi mengapa beberapa hari kemudian tiba-tiba sahaja mayatnya dijumpai berhampiran dengan air terjun itu? Mesti ada sebab lain.

Ramli percaya pemuda itu dibunuh dan disorok bunian. Lagipun, kawasan air terjun itu dan hutan-hutan di sekitarnya adalah tempat letaknya perkampungan bunian. Air terjun itu dipanggil tasik lima beradik kerana ia adalah tempat lima orang puteri bunian bermandi-manda. Puteri-puteri itu diceritakan terlalu cantik, tiada tandingan berbanding kecantikan manusia. Sambil mandi, mereka ketawa beramai-ramai.

Ramli selalu mengingatkan para pengunjung, andainya mereka melihat lima puteri yang jelita itu, janganlah sesekali tergoda. Apatah lagi cuba-cuba menyimpan hajat mendekati mereka. Sesiapa yang terpedaya, nescaya akan lenyap ke alam bunian, kemudian hilang dari alam nyata.

Di pinggir air terjun pula, kata Ramli, terletaknya istana bunian. Istana itu tersergam indah. Di sekelilingnya terdapat perkampungan bunian. Ramli memberi amaran kepada pengunjung, jangan dekati istana dan perkampungan itu. Silap langkah mereka akan di bawa masuk ke alam bunian dan terus lenyap.

Ramli percaya, pemuda yang mati itu telah termasuk ke alam bunian tersebut. Walaupun kematian pemuda itu disahkan akibat serangan binatang buas, tapi Ramli kurang setuju. “Ini kerja bunian,” berkali-kali dikatakan begitu.

Oleh kerana itulah Ramli selalu mengingatkan para pengunjung supaya jangan cakap besar, takbur dan riak. Kalau tidak, nanti dapat kecelakaan. Tambah lagi buat perkara-perkara yang tidak elok, bala akan menimpa.

“Kalau ada apa-apa perkara yang pelik, jangan tegur. Diam! Kalau ternampak benda-benda ganjil, tinggalkan. Ini kampung bunian,” pesan Ramli.

Gunung itu sering ‘mengambil nyawa’ manusia yang berniat tidak baik. Mungkin ada benarnya ia angkara binatang buas, tapi bagi Ramli, mungkin juga disebabkan orang bunian. Sama juga dengan kebanyakkan kejadian orang mati lemas di kawasan air terjun di kaki gunung itu. Ramli percaya semua itu angkara bunian.

Nama gunung itu, Gunung Jerai. Orang-orang di Gurun, Kedah sentiasa berhati-hati apabila ke sana. Kalau ada orang luar yang mahu ke gunung itu dan berjumpa Ramli, dia akan berpesan, “Hati-hati. Jangan main-main dengan Gunung Jerai. Tempat ini keras!”

Misteri Gurung Jerai,Misteri Gurung Jerai misteri,Misteri Gurung Jerai foto, Misteri Gurung Jerai gambar, Misteri Gurung Jerai video, Misteri Gurung Jerai toyol, Misteri Gurung Jerai melayu, Misteri Gurung Jerai peristiwa, Misteri Gurung Jerai malaysia, Misteri Gurung Jerai bf1, misteri foto,misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri kl, misteri bf1, Misteri Gurung Jerai misteri,Misteri Gurung Jerai foto, Misteri Gurung Jerai video,Misteri Gurung Jerai melayu, Misteri Gurung Jerai layu, Misteri Gurung Jerai melay, Misteri Gurung Jerai malaysia,Misteri Gurung Jerai indon, Misteri Gurung Jerai indo, Misteri Gurung Jerai indonesia, Misteri Gurung Jerai teman, Misteri Gurung Jerai kl,Misteri Gurung Jerai bf1,misteri, gambar hantu batu, video hantu batu, kawan Misteri Gurung Jerai,toyo Misteri Gurung Jerai, cari Misteri Gurung Jerai, Misteri Gurung Jerai melayu, misteri, foto, gambar, video, melayu, layu, melay, malaysia, indon,indo, indonesia

Misteri Keranda Tergantung Puak Bo

Misteri Keranda Tergantung Puak Bo

Misteri Keranda Tergantung Bo
Hanging Coffins of Bo People

Di Gongxian,China, terdapat satu perkuburan tergantung yang dikenali sebagai ” Hanging Coffins of Bo People”.Kawasan tersebut didiami oleh satu kumpulan etnik minoriti puak BO yang hidup di wilayah barat daya Yunan seawal 3,000 tahun yang lalu.

Perkuburan tergantung ini telah ditemui pada tahun 1949 dan projek pemuliharaan keranda tersebut dimulakan pada kali pertama pada 1974 hingga 1985.Kemudian , disambung semula pada September 2002.

Laporan kajian awal menyebut terdapat sejumlah 280 buah keranda tergantung di wilayah Gongxian.Walau bagaimanapun , semenjak 10 tahun yang lalu hampir 20 buah keranda yang mencecah 130 meter dari tanah telah jatuh di kaki gua dan rosak.

Pada 16 September 2002 ,sekumpulan pasukan yang terdiri daripada pakar muzium dan kebudayaan bergegas ke Matangba untuk melakukan penyelidikan.Mereka menemui sebuah keranda yang mempunyai rangka kepunyaan seorang ahli pua Bo terakhir yang dikatakan hidup pada 400 tahun yang lalu.Di dalam keranda tersebut , ditemui pasir dan tiada artifak pengkebumian seperti keranda purba yang lain.Namun,selepas kajian lanjut ,berkemungkinan berlaku percerobohan kerana kedudukan keranda tersebut yang berada 20 meter sahaja dari tanah.

Pasukan tersebut menjalankan operasi pemuliharan dengan prosedur yang ketat.Sejenis minyak ‘tung’ di gunakan untuk merawat dan mengekalkan keranda purba tersebut.Keesokan harinya,lima buah keranda telah dibuka dan mereka menemui mangkuk porselin biru dan putih , dua bilah pisau dan dua bilah tombak.Artifak ini bertarikh semasa era Dinasti Ming.

Siapa Puak Bo ?

Puak Bo merupakan golongan etnik minoriti yang tinggal luar sempadan wilayah Shicuan dan Yunnan.Mereka telah mencipta satu budaya yang cemerlang seawal 3,000 tahun yang lalu.Nenek moyang kaum Bo juga telah menolong Western Zhou (c.1100 – 771 BC) untuk menggulingkan Dinasti Shang (c.1600 – 1100 BC).

Kaum Bo berbeza daripada kumpulan etnik yang lain terutamanya mengenai kaedah pengkebumian mayat.Keranda diperbuat daripada kayu balak yang keras dan tidak bercat.Kemudian keranda tersebut digantung pada dinding gua dan batu dan masih elok walaupun melebihi beribu-ribu tahun.Kaedah tersebut banyak digunakan pada masa itu sebelum kaum Bo pupus secara misteri.

Keranda Tergantung,Keranda Tergantung misteri,Keranda Tergantung foto, Keranda Tergantung gambar, Keranda Tergantung video, Keranda Tergantung toyol, Keranda Tergantung melayu, Keranda Tergantung peristiwa, Keranda Tergantung malaysia, Keranda Tergantung bf1, misteri foto,misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri kl, misteri bf1, Keranda Tergantung misteri,Keranda Tergantung foto, Keranda Tergantung video,Keranda Tergantung melayu, Keranda Tergantung layu, Keranda Tergantung melay, Keranda Tergantung malaysia,Keranda Tergantung indon, Keranda Tergantung indo, Keranda Tergantung indonesia, Keranda Tergantung teman, Keranda Tergantung kl,Keranda Tergantung bf1,misteri, gambar hantu batu, video hantu batu, kawan Keranda Tergantung,toyo Keranda Tergantung, cari Keranda Tergantung, Keranda Tergantung melayu, misteri, foto, gambar, video, melayu, layu, melay, malaysia, indon,indo, indonesia