Tag Archives: jenazah

Mayat – Pengalaman menguruskan Mayat

Mayat

Mayat – Pengalaman menguruskan Mayat

Ada sesiapa berani pegang dan gosok mayat yang berlendir, rentung, berkecai dan putus kepala, atau memandikan jenazah mati di tali gantung, mangsa bunuh, lemas atau penghidap Aids? Siapa lagi yang sanggup kalau bukan Arbakyah Asmani, 55.

Pekerjaan yang menakut dan menjijikkan bagi kebanyakan orang itu menjadi rutin Arbakyah sejak menjadi sukarelawan di Hospital Kajang selama 25 tahun.

Dalam tempoh itu dia menguruskan hampir 12,000 jenazah atau puratanya 40 mayat sebulan, termasuk Mona Fendey, mayat tiada waris seperti jenazah warga tua yang tidak dituntut anak atau warga asing yang mati disebabkan penyakit, menjalani hukuman gantung atau kemalangan.

Tugas Arbakyah, yang memulakan khidmatnya sejak berusia 30 tahun, bukan sekadar memandikan mayat, malah menyelesaikan semua urusan berkaitan, termasuk mengafan dan menyembahyangkan jenazah pelbagai bentuk dan saiz.

Malah, ada kalanya Arbakyah perlu turut sama memantau apabila ada kubur digali semula dan mengeluarkan mayat bagi kes tertentu seperti jenazah dikebumi mengikut agama lain.

Bukan saja di hospital, di rumahnya, baik di ruang tamu, depan atau belakang turut menjadi gelanggang atau tempat menguruskan jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, dekat sini.

Ini antara pengorbanan ibu empat cahaya mata itu yang melakukan tugasan berkenaan secara sukarela sambil turut dibantu suami dan anak yang faham tanggungjawabnya.

Sukar untuk membayangkan tugas Arbakyah sebagai kerjaya, namun kepakaran dimiliki menjadikan khidmat wanita separuh abad ini bukan saja diperlukan di Hospital Kajang, tetapi juga hospital lain di Lembah Klang, terutama menguruskan mayat yang dikategorikan ‘mati ngeri’.

Setiap hari, tidak kira siang atau malam serta lokasi kematian, dia sanggup meluangkan masa menguruskan jenazah apabila ada panggilan daripada pihak yang memerlukan. Pernah Arbakyah memandikan jenazah jam 3 pagi dan ada dalam sehari sehingga enam jenazah diuruskannya.

“Saya melakukan kerja ini (menguruskan jenazah) sejak 25 tahun lalu kerana ketentuan Allah yang membuka hati untuk ke arah ini, sekali gus memenuhi tuntutan fardu kifayah,” katanya menjawab pertanyaan kesanggupannya melakukan kerja itu secara sukarela.

Antara kes yang dikendalikan sejak 25 tahun lalu ialah mayat wanita tua yang perutnya dipenuhi ulat kehitaman apabila terbiar hampir dua minggu di rumahnya selepas meninggal dunia akibat sakit tua di Kajang pada hujung 1990-an.

“Ulat itu menjadi hitam kerana mayat sudah lama terbiar, manakala daging mayat mudah tertanggal apabila diangkat selain mengeluarkan bau sangat busuk.

“Tiada siapa pedulikan, bahkan waris tidak mahu menuntut dan enggan menanggung kos pengebumian. Sebenarnya waris dan keluarga mengaibkan jenazah dan mereka juga menyebabkan kejadian (kematian ngeri) sebegini berlaku,” katanya.

Mengenai pengendalian mayat mengerikan, Arbakyah berkata, dia pernah memandikan mayat yang hancur digilis kereta api, kemalangan, rentung, reput, mati lemas serta akibat HIV dan Aids.

“Dalam kes ini, untuk memandikan mereka ada caranya seperti dialas dengan kain putih, diletakkan kapas serta jaring supaya kulit atau daging yang tertanggal tidak dibawa air.

“Setiap cebisan daging atau anggota dimandikan seperti biasa. Bagaimanapun keadaan mereka, sebelum menjalankan tugas saya berdoa supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna,” katanya.

Arbakyah juga pernah memandikan anggota badan manusia seperti kaki dan tangan selain janin dan bayi.

“Saya sangat sedih apabila memandikan janin atau bayi, terutama mangsa buangan seperti anak luar nikah.

“Ada mayat tidak sempurna seperti digigit haiwan. Manakala anggota badan pula, cara mandi dan pengebumian sama, cuma tiada sembahyang kerana tuan badannya masih ada,” katanya.

Ditanya pengalaman pelik menguruskan mayat, Arbakyah berkata, dia tidak mahu mengaibkan si mati, malah apa saja perkara yang berlaku dianggap ujian dan ketentuan Tuhan.

“Ada juga ketika saya uruskan mayat, matanya terbuka dan itu antara tanda rohnya keluar.

“Namun, sebelum keluar rumah saya berdoa supaya semua lancar. Sepanjang 25 tahun, jika ada kematian, saya bawa kain kafan yang siap potongannya tanpa tahu saiz fizikal, tetapi alhamdulillah, apabila selesai dimandikan, kain itu sepadan untuk mengafan si mati,” katanya yang menganggap itu kurniaan Tuhan bagi memudahkan kerjanya.

Arbakyah pernah menguruskan jenazah wanita berusia 20-an yang dianggap masyarakat sebagai menerima aib kerana mayatnya terpaksa diusung orang ramai sambil berdiri apabila dimasukkan ke dalam lif di pangsapuri kediaman si mati.

“Hanya kerana kejadian seperti itu, pelbagai cerita timbul. Kononnya jenazah ini tidak diterima bumi, bahkan didakwa anak derhaka hingga menyebabkan perjalanan pengurusan jenazah lambat.

“Sebagai manusia, sepatutnya kita tidak boleh menghukum, hanya Allah tahu apa sebenarnya berlaku,” katanya.

Arbakyah turut menguruskan mayat warga asing beragama Islam yang meninggal dunia disebabkan penyakit, dijatuhi hukuman gantung atau kemalangan.

Menurutnya, sepanjang menguruskan jenazah, dia paling hiba dan sedih apabila mengendalikan jenazah tiada waris.

Katanya, dalam banyak kes, anak enggan menuntut jenazah ibu bapa, sebaliknya menunggu sijil mati, malah ada yang tiba selepas semua urusan pengebumian selesai semata-mata kerana tidak mahu menanggung kos pengurusan jenazah.

“Sudahlah mayat ibu atau bapa mereka tidak dihiraukan, ada yang datang jumpa minta sijil mati dan buku bank semata-mata mahu mendapatkan harta orang tua,” katanya yang kelihatan tersentuh mengenangkan peristiwa itu.

Lebih menyedihkan, kata Arbakyah, ibu bapa yang berusia dihantar ke rumah kebajikan dan anak membiarkan mereka sehingga menghembuskan nafas terakhir.

“Saya sangat tersentuh apabila berkunjung ke rumah kebajikan untuk orang tua. Apabila datang, mereka menunggu meminta wang. Bukan banyak pun, RM1 saja. Alasannya nak ke kedai.

“Lebih terharu, ada yang minta dipanggil emak dan ayah bagi menghilangkan rindu terhadap anak, malah ada yang berlinang air mata apabila saya berbuat demikian,” katanya.

Arbakyah berkata, dalam kes jenazah tiada waris, mayat dihantar ke hospital sementara polis berusaha menghubungi keluarga.

“Biasanya, dalam tempoh dua minggu mayat disimpan sementara polis berusaha menghubungi keluarga waris untuk membuat tuntutan.

“Jika tiada atau gagal mencari waris, hospital keluarkan permit perkuburan dan saya menguruskan jenazah daripada mandi, mengafan hingga ke tanah perkuburan,” katanya.

Arbakyah berkata, berdasarkan pengalaman, ada beberapa sebab ahli keluarga tidak menuntut jenazah waris mereka lantaran perselisihan faham, menukar alamat dan nombor telefon tanpa memaklumkan pihak berkenaan, selain keluarga tidak menerima mereka yang dijangkiti HIV atau Aids.

Selain itu, faktor orang tua yang tidak faham keadaan dan kehidupan anak hari ini juga boleh menjadi punca jenazah tidak diuruskan warisnya.

“Saya selalu ingatkan, kita jangan hukum seseorang itu melulu, mungkin mereka ada salah dan silap di dunia, tetapi di sisi Allah kita tidak tahu mungkin dia lebih baik daripada kita,” katanya.

Arbakyah menjelaskan, setiap mayat diuruskan perlu dikenakan bayaran bagi menampung kos penyediaan keperluan dan pengebumian. Setiap mayat dikategorikan kepada tiga jenis iaitu normal, kritikal dan penyakit berjangkit.

Untuk mayat normal, bayarannya RM730 bagi lelaki manakala perempuan RM780, sementara kritikal seperti kemalangan RM1,000 (lelaki) dan RM1,050 (wanita) serta penyakit berjangkit RM1,050 (lelaki) dan RM1,100 (wanita).

Arbakyah berkata, pengurusan jenazah wanita lebih mahal berbanding lelaki kerana penggunaan lebih banyak kain.

Menurutnya, bagi jenazah tiada waris atau tidak dituntut, kosnya ditanggung majlis agama Islam negeri dan jika membabitkan warga asing, kes itu dirujuk ke kedutaan berkenaan.

Mayat,  Mayat misteri, Mayat foto, Mayat gambar, Mayat video, Mayat kawan, Mayat toyo, Mayat artis, Mayat  cari, Mayat melayu, Mayat layu, Mayat melay, Mayat malaysia, Mayat indon, Mayat indo, Mayat ndonesia, Mayat takut, Mayat teman, Mayat hantu, Mayat kl, Mayat bf1, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri artis, misteri cari, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri hantu, misteri kl, misteri bf1, hantu misteri, hantu foto, hantu gambar, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon, hantu indo, hantu indonesia, hantu takut, hantu teman, hantu hantu, hantu kl, hantu bf1, misteri, foto, gambar, video, kawan, toyo, artis, cari, melayu, layu, melay, malaysia, indon, indo, indonesia, takut, teman, hantu, kl, bf1

Babi Berwajah Manusia

babi1agiangi2

Babi Berwajah Manusia

Biasa kita dengar cerita pasal manusia berwajah babi (kes-kes menguruskan jenazah) tapi kali ini kat Indonesia dikejutkan dengan fenomena babi yang dilahirkan mirip wajah manusia. Siap ada pusar rambut kat atas dahi lagi.

Kalau diteliti, anak babi ni takde la muka macam manusia sangat. Cuma dia nyaris jadi cyclop (satu mata) je. Cuba tengok betul-betul. Ini kategori ‘deformed’ dan tumbesaran dia dalam rahim tu terganggu sikit dan akhirnya tak berapa nak jadi. Tu nampak macam ada dahi, hidung mancung (memang babi hidung mancung beb..)

Dalam rahim ye adik-adik, pembesaran tu (pertumbuhan daging) jadi dari kiri dan kanan dan bercantum di hadapan muka (sebab tu kita ada.. apa tu.. yang antara hidung ngan bibir tu..). Kes babi ni dia
terbantut sampai struktur tengkor dia tak sempat mengunjur ke hadapan.
Tu jadi macam tengkorak manusia.

Babi Berwajah Manusia,  Babi Berwajah Manusia misteri, Babi Berwajah Manusia foto, Babi Berwajah Manusia gambar, Babi Berwajah Manusia video, Babi Berwajah Manusia toyol, Babi Berwajah Manusia  cari, Babi Berwajah Manusia melayu, Babi Berwajah Manusia peristiwa, Babi Berwajah Manusia hantu, Babi Berwajah Manusia malaysia, Babi Berwajah Manusia hantu, Babi Berwajah Manusia bf1, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri artis, misteri cari, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri hantu, misteri kl, misteri bf1, hantu misteri, hantu foto, hantu gambar, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon, hantu indo, hantu indonesia, hantu takut, hantu teman, hantu hantu, hantu kl, hantu bf1,misteri gay, foto hantu, gambar hantu, video hantu, kawan hantu, toyo hantu, artisgay, cari hantu, hantumelayu, takut hantu, teman hantu, hantu hantu, misteri, foto, gambar, video, kawan, toyo, artis, cari, melayu, layu, melay, malaysia, indon, indo, indonesia, takut, teman, hantu, kl, bf1, cari misteri, cari toyo, cari gambar, cari cari, cari teman, cari bf1

Jenazah Tidak Reput

Jenazah Tidak Reput

[media id=252 width=500 height=400]

Jenazah yang tidak reput adalah satu fenomena yang menentang hukum sains.

Jenazah alim-ulamak dari Gereja Kristian Katolik ini tidak mereput secara semulajadi walaupun telah dikebumikan beratus malah ribuan tahun dahulu.

Seperti mumia yang wujud hingga ke hari ini, kumpulan mummia dari Gereja Katolik ini memang tidak diawet/dirawat tetapi terpelihara secara diluar penjelasan rasional para saintis… bagi orang percaya pada kebesaran Ilahi, fenomena ini adalah satu Mukjizat dari Tuhan bahawa orang-orang benar akan mengalahkan kematian dan membuktikan kebangkitan jasad pada hari penghakiman kelak… Renungilah kehidupan suci mereka semasa hayat di dunia yang penuh dengan teladan dan cintakasih sesama manusia…

Tujuan sebenar pihak Gereja untuk mempamerkan jenazah orang-orang kudus ini adalah untuk memperingatkan kembali umat-umat beriman agar meneladani hidup suci mereka semasa hayat.

Gereja menegaskan bahawa, cara hidup mereka adalah teladan hidup seorang Kristian yang sesungguhnya.

Sebenarnya Gereja Katolik tidak pernah peduli akan fenomena mayat yang tidak reput ini malah tidak mendedahkannya dan hanya mendiamkan diri.

Gereja telah mengalakkan para saintis untuk menkaji fenomena ini dan tiada penjelasan yang disimpulkan hingga ke hari ini.

Jenazah-jenazah ini juga dikaitkan dengan banyak keajaiban luarbiasa. Perkara-perkara ini telah didokumentasikan dengan detail sekali sejak dari zaman pertengahan.

Terdapat jenazah yang masih mengalirkan darah setelah meninggal beberapa puluh tahun (St. Yohanes dari Salib), masih panas setelah beberapa minggu meninggal, malah ada jenazah yang dilaporkan berbicara memuji keagungan Tuhan setelah ratusan tahun meninggal(St. Esmeralda Eustacia Calafatto dari Sycily), malah Jenazah ini langsung tidak mengeluarkan bau busuk, tetapi wangi-wangian surgawi yang tidak ditemukan di dunia ini (spt kes St.Seperandia, St. Rita dari Cascia dan banyak lagi).

Banyak Mukjizat penyembuhan pelbagai penyakit juga dilaporkan melalui doa permohonan khas yang dipanjatkan kepada Allah melalui perantaraan orang-orang kudus ini. Pihak Gereja Katolik Hanya akan memberi gelaran orang-orang kudus ini dengan panggilan Saint @ sangti @ St. hanya bila berlakunya mukjizat penyembuhan, sekurang-kurangnya dua peristiwa/kejadian dan disahkan oleh para doktor.

Beberapa jenazah orang-orang kudus ini memakai sejenis topeng pada bahagian muka (kelihatan berkilat), untuk melindungi bahagian dalam yg tidak reput bertujuan utk mengelakkan rasa tidak selesa para penziarah atau pelawat apabila melihat mayat- bagi mereka yg tidak terbiasa atau sering melihat mayat.

Ia juga bertujuan utk mengelakkan pencemaran udara dari persekitaran yg boleh merosakkan kondisi mayat ini dan juga sebagai presentasi yg lebih menarik.

Kesemua mayat ini telah dikuburkan suatu ketika dahulu dan dikeluarkan kembali dari perut bumi selepas beberapa puluh tahun atau beberapa ratus tahun dan didapati masih dalam keadaan yg baik.

Latar belakang mereka dikaji semula dan mendapati mereka selalunya menjalankan kehidupan yg hampir sama iaitu, seorang kristian katolik yang warak, patuh pada ajaran agama, hidup hanya demi Yesus Kristus, menjalankan kebajikan sepanjang hayat, hidup berdoa dan banyak lagi menurut ajaran katolik.

kebanyakan daripada mereka adalah para petapa, paderi, Religious (sisters and Brothers), Biarawan dan Biarawati, para Syahid (martyr Kristian), dan lelaki serta wanita suci yg hidup dalam Tuhan Yesus Kristus.

Semua detail-detail yang ditulis diatas ini adalah berpandukan kepada dokumentasi para penulis terkenal zaman ini spt Juan carol Cruz.

TERDAPAT LEBIH DARI 250 JENAZAH TIDAK REPUT PARA KUDUS KRISTIAN YANG DIPAMERKAN DI GEREJA-GEREJA SELURUH DUNIA.

ANTARA PARA ALIM ULAMAK KRISTIAN YANG TIDAK REPUT

Santa Agnes dari Montepulciano
Santo Alphege
Santo Amphilochius dari Pochayiv
Santa Angela Merici
Santa Angela dari salib kudus
Hamba Tuhan Angelina dari Spoleto
Hamba Tuhan Anna Marie Taigi
Para Santo Anthony, John, dan Eustathios
St. Benedict Moor
St. Bernadette-visionary dari Lourdes
Hamba Tuhan Betrando de Genies
St. Catherine dari Bologna
St. Catherine Labouré
St. Catherine dari Siena
St. Cecilia
St. Charbel Maklouf
St. Charles Seeze
St. Clare dari Assisi
St. Clare dari Montefalco
Hamba Tuhan Dominic Barberi
St. Francis Xavier
St. Gaspar Louis Bertoni
Hallvard Vebjørnsson
Blessed Imelda
St. Isidore Petani
Hamba Tuhan Jacinta Marto
St. Jane Frances dari Chantal
St. Job dari Pochayiv
St. John Bosco
St. John Jacob dari Hozevit
St. John Vianney
Hamba Tuhan Josaphata Hordashevska
St. Joseph dari Cupertino
Santa Juliana Falconieri
St. Louis Orione
St. Louise de Marillac
Hamba Tuhan Margaret dari Castello
St. Margaret Mary (Marie Alacoque)
Hamba Tuhan Maria Angela dari Astorch
Santa Maria Crucificada
Hamba Tuhan Maria de Jesus dari Ágreda
Hamba Tuhan Maria de Jesus Torres
Hamba Tuhan Maria de San Jose
St. Maria Francisca Illagas

Jenazah misteri, Jenazah foto, Jenazah gambar, Jenazah video, Jenazah kawan, Jenazah toyo, Jenazah artis, Jenazah cari, Jenazah melayu, Jenazah layu, Jenazah melay, Jenazah malaysia, Jenazah indon, Jenazah indo, Jenazah indonesia, Jenazah takut, Jenazah teman, Jenazah hantu, Jenazah kl, Jenazah bf1, misteri foto, misteri gambar, misteri video, misteri kawan, misteri toyo, misteri artis, misteri cari, misteri melayu, misteri layu, misteri melay, misteri malaysia, misteri indon, misteri indo, misteri indonesia, misteri takut, misteri teman, misteri hantu, misteri kl, misteri bf1, hantu misteri, hantu foto, hantu gambar, hantu video, hantu kawan, hantu toyo, hantu artis, hantu cari, hantu melayu, hantu layu, hantu melay, hantu malaysia, hantu indon, hantu indo, hantu indonesia, hantu takut, hantu teman, hantu hantu, hantu kl, hantu bf1, misteri, foto, gambar, video, kawan, toyo, artis, cari, melayu, layu, melay, malaysia, indon, indo, indonesia, takut, teman, hantu, kl, bf1,Jenazah, Tidak, Reput